nuffnang advert

Thursday, August 29, 2013

Remaja tembak pemain besbol kerana bosan


ANGGOTA keluarga, sanak saudara dan rakan Chris Lane (gambar kecil) beratur untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemain besbol Australia itu di Melbourne, Australia semalam.

MELBOURNE - Hampir 1,000 orang berhimpun di sebuah gereja di sini semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemain besbol Australia yang dibunuh dua remaja kulit hitam dalam kes serangan rambang di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Chris Lane, 22, ditembak mati di bandar Duncan oleh dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun ketika dia keluar berjoging pada 16 Ogos lalu.
Dia yang berada di AS kerana mendapat biasiswa besbol akan menyambut hari lahirnya yang ke-23 minggu depan.
"Apabila seorang yang muda belia seperti Lane hilang nyawa, ini satu tragedi tetapi apabila nyawa seseorang hilang tanpa sebab dan tujuan, ia amat sukar untuk diterima," kata bapanya, Peter Lane.
Satu inisiatif mengutip dana dalam talian bagi membayar kos pengebumian Chris sebanyak AS$15,000 kini mengumpulkan lebih AS$170,000 melibatkan sumbangan di Australia dan AS.
Baki wang terkumpul itu akan dimasukkan ke dalam sebuah yayasan di bawah nama Chris.
Dalam pada itu, James Edwards, 15, dan Chancey Luna, 16, didakwa kerana membunuh pemuda itu dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.
Pihak pendakwa raya memberitahu, tiada bukti menunjukkan pembunuhan itu bermotifkan perkauman walaupun Edwards pernah memuat naik komen-komen berunsur kebencian di laman sosial awal tahun ini.
Menurut polis, kedua-dua remaja itu "bosan dan mahu melihat seseorang mati," untuk mencari keseronokan.
Seorang lagi remaja, Michael Dewayne Jones, 17, yang berkulit putih turut didakwa kerana membantu mereka dalam jenayah itu.
Kes itu membangkitkan kembali debat perkauman di AS yang tercetus susulan insiden seorang remaja kulit hitam Trayvon Martin yang ditembak oleh George Zimmerman dalam satu komuniti berpagar di Florida. - AFP

sumber: kosmo

12 comments:

Kakzakie said...

Dahsyat betul kan. Guna pistol suka-suka macam main pistol air aje..

mama ila said...

tu lah..takut skang nie..bukan kat Negara luar jer..kat Malaysia skang nie pun kes2 tembak nie dah selalu dengar..risau tentang keselamatan dan keadaan Malaysia skang nie..moga2 kita semua dilindungi dari mereka2 yg x bertanggungjawab

Munnafendy said...

bosan? ingat bunuh nyamuk??

norhidana miswan said...

ni lah manusia kalu fkr ikut otak di kepala lutut... suka suki je nk tembak org

Shark Kay said...

ini mmg tahap pokemon dh..
xleh trime alasan bosn tu.
harap budak2 kt malaysia masih ada akal.

Eye_nee said...

Alasan 2 remaja tu mmg tak tercapai akal normal...bosan dan saje2 jer nk tgk org mati..

NenetPenne (NP) said...

gila..boleh gitu? lepas ni dua pembunuh tu duk dalam penjara, confirm tak bosan...

akubiomed said...

Memang gilalah alasan yang diberikan untuk membunuh. :-(

Rasp said...

isk... alasan tak leh ditrima dek akal...
semoga remaja2 kita kat malaysia lebih berfikiran waras....

Kesuma Angsana said...

mcm2lah.. done sedekah nuffng pagi jumaat ini yer

baby comel said...

Bosan punya pasal org lai terpaksa mati, apa la yg ada dlm kepala diorg tu eh

Ema Johari said...

bosan pun boleh jadi jenayah