KOTA KINABALU – Seorang lelaki seolah-olah menyesal atas tindakan terburu-buru membunuh isterinya apabila hanya berdiam diri bersebelahan mayat wanita itu sebelum dia diberkas bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu semalam.
Kejadian di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Ganang, Kepayan dekat sini pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 40-an itu disyaki telah menikam berkali-kali tubuh Suria Amuk, 45, selepas dia gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan mangsa.
Difahamkan, pertengkaran berlaku apabila suspek merasa cemburu selepas mendakwa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu selain kerap berjumpa ketika dia tiada di rumah.
Pasangan warga Filipina tersebut masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan bekerja dalam sektor pembinaan.
sumber: kosmo
15 comments:
ikut hati binasa
isteri curang laaa puncanya.... tak larat sabar dah la tu...
byk sgt kes isteri curang kebelakangan nie dihebohkan....sian anak anak jadi mangsa...
marah menguasai diri..tak boleh kontrol kemarahan dah tu
sebab tu orang cakap jangan bertindak ikut emosi. ikut rasa binasa ikut hati mati. eh betul ke ni hihihi
dia xlayak dipanggil suami / lelaki / bapa / manusia
kemarahan menguasai akal dan fikiran tanpa dapat berkir secara waras...inilah jadinya
senang2 jatuh hukum sndiri tp lps tu menyesal.... mmg tak blh nk balik lg lah
Cemburu sampai tahap membunuh..baru je baca kt utusan tadi..tak suka lelaki yg kaki pukul, cemburu buta, pemarah, dan yg seangkatan dgnnya..huhu
mungkin suspek ada bukti sahih ttg kecurangan mangsa ...
Ikut rasa binasa... ini Penyudahnya ..
kalau dah hati dirasuk syaitan, itu lah padahnya.. macam2 hal.
SALAM jumaat cik kak wahida tu dan selamat hariraya..,eHHHEE
nasi dh jd bubur, nyesal x guna kan
mcm2 betul kes bunuh skrg ni
Post a Comment