SEORANG doktor dan jururawat sedang memeriksa Jasleen yang baru dilahirkan.- Agensi
LEIPZIG - Seorang ibu di Jerman selamat melahirkan bayi perempuan seberat 6.35 kilogram (kg) secara normal di sini pada 26 Julai lalu.
Bayi yang diberi nama Jasleen itu mencatat rekod sebagai bayi paling besar pernah dilahirkan di negara ini.
Akhbar tempatan Die Weil melaporkan ibu bayi tersebut yang berusia 20 tahun sebelum ini dikesan menghidap diabetes semasa mengandung.
Walaupun bayi itu besar, ibunya melahirkan Jasleen di Hospital Universiti Leipzig di sini tanpa perlu menjalani pembedahan Caesarean.
"Beberapa doktor memberitahu bayi saya besar disebabkan masalah diabetes atau tekanan yang saya hadapi," kata wanita itu.
Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil. Jasleen masih ditempatkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan. - Agensi
sumber: kosmo
20 comments:
comelnya
kuss semangat aihhh..gedebabnyer..alhamdulillah diahirkan selamat secara normal plak tu..ngeri plak alynn memikirkan 6 kilo tuu..3 kilo punn bnyk kali teran..kuasa yg maha esa kan..
bersalin normal kan....
kuasa Allah
Perggghhh..semangatnya!
Lahir normal plak tu..
rabak ... huhu tak leh byg ....
kakak ipar saya detect kencing manis masa mengandung . anak dia sampai la ni montel wpun cuma minum susu ...
Koyakkkkk!!
MasyaAllah besornyaaaaaaaaaa...
MasyaAllah besornyaaaaaaaaaa...
Semangat betullll...dah mcm umur 4 bulan dah...
fuh ! berpeluh nak kuarkan nie ..
anak2 akk 4 kg punn dah jenuh huhu
paling besar anak kedua 4.8kg
err... 6 kg sekali keluar...? cannot imagine neeee........ camne la keadaan maknyer tuuu uhuhuhu
Perghhhh...besarnya. Normal plak tu.
Besarnyer die.....
hadoiiyaiinyepon! camne la mak dia push kan? isk3..
Sekali ganda kelahiran anak saya.
tabik spring toing toing toing weh dia dapat banak normal!
mak muda kot haha
jamu susuk dara la nampaknya
Post a Comment