nuffnang advert

Thursday, July 25, 2013

Rumah agam Gianni Versace akan dilelong


RUMAH berkeluasan 2,136 meter persegi ini dilengkapi 10 bilik tidur, 11 bilik mandi dan sebuah kolam renang dengan jubin emas 24 karat.


MIAMI BEACH, Florida - Sebuah mahligai yang dibina di tepi pantai Miami Beach milik pereka fesyen ternama dari Itali, Gianni Versace yang telah meninggal dunia pada tahun 1990-an, akan dilelong.
Lelongan itu hanya diberi kepada mereka yang betul-betul berminat membelinya.
Harga minimum bidaan untuk lelongan rumah tersebut adalah AS$25 juta (RM79 juta) dan akan berlangsung pada 17 September depan.
Selain berpeluang melihat sendiri keindahan rumah agam tersebut, para pembeli yang berminat juga perlu menandatangani satu perjanjian sulit dan membuktikan bahawa mereka mempunyai wang untuk membelinya.
Ahli keluarga Versace tidak memiliki rumah agam itu sejak tahun 2000. Namun, para pelelong berharap pengaruh legasi pereka fesyen tersebut dapat menarik minat para pembida terhadap hartanah berkenaan yang terletak di tepi pantai Ocean Drive.
Versace telah menghabiskan wang sebanyak AS$33 juta (RM105 juta) untuk mengubah suai rumah agam tersebut selepas membelinya pada 1992.
Rumah berkeluasan 2,136 meter persegi itu memiliki 10 bilik tidur, 11 bilik mandi dan sebuah kolam renang sepanjang 16.4 meter dengan jubin emas 24 karat.
Versace dibunuh oleh seorang pembunuh misteri di hadapan rumahnya pada tahun 1997.


sumber: kosmo

19 comments:

NM03 said...

dulu²barangan versace la yang paling top...

GREENJADE said...

ommak aih ngarut punye harga bidaan

baik den boli tanah 1 Malaya lg bagus ekekeke..

norhidana said...

kalu ku himpun gaji keje sampai pencen pun tak cukup kak oi... gile besar, ohooo versace tu udah mati yek, tak tau pun sbb nengok pereka2 yg glamor2 msh ada lg walaupun dh tua...

Unknown said...

tadi ada bac berita ni..dalam umah agam ni memang cantik..kalau duduk malam2 gerun pun ada..hahaha

Unknown said...

tadi ada bac berita ni..dalam umah agam ni memang cantik..kalau duduk malam2 gerun pun ada..hahaha

emarieys said...

orang sana semuanya rumah besar-besar...

eima said...

rumah omputeh semua mahai2 kan

JaSSNaNi said...

ada antu apa... hahahahaha.. dah la mati kena bunuh.. hmm depan umah dia lak tu.. silap2 dia dok jaga dlm tu.. muahahahaha

JaSSNaNi said...

ada antu apa... hahahahaha.. dah la mati kena bunuh.. hmm depan umah dia lak tu.. silap2 dia dok jaga dlm tu.. muahahahaha

Waqheh said...

gua nak beli rumah tu dan jadikan pusat tahfiz...tempatkan anak2 yatim islam seluruh amerika...doakan gua berjaya bidaan tersebut..

.:fyzz:. said...

msti ada orng beli nnti...ala omputih la yg duit dh tak tau buat apa dah kan..huhuhu..aku nih umah teres beli potong duit mara pun terasa ..hahah..nih lak umah ni omai..

dear anies said...

kalu ada duit sy beli hehehe

Munn Jaafar said...

jom beli :p

::NureeN:: said...

perghh... x mampu eden

amirah said...

10 bilik dia? gilerrr nak ngemas

Rasp said...

ingat nak beli gak tapi tu lahhh jauh sangat hehehehhehehe

Zawiah said...

saya teringat jutawan russia cakap kat channel travel n living ... ' duit banyak x blh bwk mati . ' tu sebab rumah dia bersalut emas drp meja mkn , tangga , peralatan ... dah hampir satu rumah ler ...

kurus said...

buat rumah besar2 dan indah , akhirnya dia mati dibunuh depan rumahnyee uhuhu

pena rozie said...

Beli3... Hehehhe....