nuffnang advert

Wednesday, June 12, 2013

soal jwb agama: Buat pinjaman nak tunai haji



Saya kakitangan kerajaan dan berhasrat menunaikan fardu haji. Bolehkah saya membuat pinjaman peribadi daripada bank bagi membiayai kos menunaikan haji?
Kalau mengharapkan simpanan hingga cukup, mungkin lambat dan kita tidak tahu sama ada kita berkesempatan atau tidak. 
Walaupun umur masih muda, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT. Oleh itu saya berazam menunaikan haji pada waktu muda sementara tubuh masih sihat dan bertenaga. 
AJ 
Alor Gajah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bermuzakarah kali ke-69 pada Jun 2005 membuat keputusan bahawa harus bagi seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah jika diyakini mampu membayar balik hutang itu dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya. 

Juga disyaratkan bahawa institusi yang memberi hutang mementingkan prinsip ikhlas taawun, adil telus dalam skim pinjaman itu dan bebas daripada unsur riba.



sumber: harian metro

10 comments:

shahrilhakime said...

maknenye kemudahan tu dah ade.... kite nak ato tidak je....

amirah said...

aah, memang harus kan hukumnya...

.:fyzz:. said...

good info..nok jom lak kita pi umrah

wahida said...

fyzz: nakkkk sgtttt!! mudah2an...amin...

eKa said...

bebas dr riba... nak kene cari bank yg betul2 la kebanyakan bank mmg ada riba kan

Ally said...

Kalau dah ada kemudahan camni, bolehlah kita sumer pegi tunaikan haji, tak payah tunggu sampai cukup kumpul duit dulu ;)

mamasuri said...

ramai kakitangan kerajaan bt gni...nak tunggu pencen..mmg lambat ler..

ct rahani said...

gud info kak.. tambah lg satu ilmu utk sy hari nih.. :)

Bunda_nora said...

assalam,
info yg menarik..terima kasih berkongsi..

Anonymous said...

tq share info & ilmu ni yer