nuffnang advert

Thursday, June 20, 2013

Cedera disamun adik kembar




BALIK PULAU – Seorang lelaki yang dalam perjalanan menjemput isterinya dari tempat kerja cedera akibat dibelasah sebelum disamun sekumpulan lelaki di Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Baru di sini awal pagi semalam.
Lebih malang lagi, salah seorang daripada empat suspek terlibat ialah adik kembar mangsa yang bertindak menahan keretanya menyebabkan dia terpaksa berhenti di tepi jalan di kawasan tersebut.
Mengimbau semula kejadian pada pukul 3 pagi itu, Abdul Jabar Mohd. Ali, 37, berkata, dia telah ditarik keluar dari kenderaannya oleh tiga lelaki sebelum dipukul beramai-ramai.
“Saya tidak melawan kerana bimbang akan dipukul lebih teruk lagi.
“Selepas melihat saya cedera, mereka (suspek) mengambil barangan berharga termasuk wang berjumlah RM5,000 di dalam dompet sebelum beredar,” katanya di sini semalam.


sumber: kosmo

22 comments:

Anum said...

kejam

HeNRieTTa JoSe said...

itu la..klu dah smpai xmengenal saudara...susah la..kdang kdang org mrah bila kita xnak bantu sedara, sedangkan org xtahu, sedara itu kdg kala lebih bahaya dr musuh...

pss...teringat kisah org senang dikampung, tidak mahu menolong adiknya yg susah...bkn xpernah ditolong, tpi tdak mengenang budi...dan pula tdak mahu berkerja, sebaliknye menagih dadah pula...tpi org luar, asik salahkan si abang...dikatakan kaya sombong, hanya yang dikampung sahaja yang tahu kisah sebenar...kesian juga rietta pada dia..

Fiza Rahman said...

Tak guna punya adik.

NM02 said...

darah daging, satu kantung lagi tu.. ape la dia rasa ek

Mun said...

ya Allah...sampai kembar sendiri pon dia sanggup wat begitu...

Izwa Kamaruddin said...

ya allah kejam nyer...

Kakzakie Purvit said...

Rasa kakak kembar dia juga yg jadi dalang kalau tak mana tahu dia ada bawa duit 5K...

norhidana said...

astagfirullah.... manusia kalu dlm hati dh jadi syaitan mmg gitu, darah daging sndiri pun nk di samun nyer...

Maria Firdz said...

Bila nafsu dan syaitan bersatu...

Anonymous said...

kejam sungguh lah !

eima said...

adek bradek sendrik tu ... dunia ni semakin pelik .....

eima said...

adek bradek sendrik tu ... dunia ni semakin pelik .....

suwara entertainment said...

ish ish..x guna betul!

Anonymous said...

Kesiannya teruk tu kenanya

Unknown said...

sah le adik kembar dia yang bagitau kawan2 nya tu abang dia bawak duit dalam beg.,..kan??

Mulan said...

dia sakit mental kot adik mangsa tu sampai tak kesian abang sendiri..

Teena Tna said...

Manusia semakin kejam...

Emy Tak Kecik said...

byk betol duit dia bawa...
5k dlm dompet

jeBateja said...

kembar pun sanggup buat mcm tu...apa punya family derrrr

Unknown said...

banyaknya duit dalam wallet dia..

seharum kasturi said...

bila citer pasal adik beradik ni mmg serba salah . segala jenis lubang , ditolong tutup . tapi tetap nampak jahat dimatanya . bila dah x de tpt nak di tuju , diberi tempat perlindungan walaupun setiap hari dok makan tidur jer . sedihnya , dah tua lak tu ... kerana islam x benarkan , maka kena terimalah dia ...

Cik Rose said...

mangsa tak mengenal siapa sekarang ni..