NURUL AFIDA (kiri) berbual dengan ibu dan ayahnya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Changgong, Bachok, Kelantan semalam.
BACHOK - Hampir keseluruhan tubuhnya dipenuhi bulu tebal sehingga wajahnya turut berjambang walaupun dia adalah kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Keistimewaan dan keunikan itu dimiliki Nurul Afida Batrisya Razi, anak bongsu daripada tiga beradik sebuah keluarga nelayan di Kampung Changgong dekat sini.
Dia yang turut memiliki suara sedikit garau, kini diberi pendidikan awal menerusi Program Pembelajaran Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi dekat sini sejak awal tahun ini.
Ibunya, Asliza Omar, 31, berkata, dia menganggap apa yang dialami anaknya itu sebagai anugerah Allah dan reda dengan keadaan itu.
Katanya, ketika Nurul Afida berusia satu hingga tiga tahun, dia kelihatan pelik kerana bukan sahaja keseluruhan badannya ditumbuhi bulu berwarna hitam tetapi turut berjambang pada pipi kiri dan kanan.
Jelasnya, dalam tempoh itu, dia dan suami, Razi Mohd. Nor, 38, sepakat untuk tidak memotong rambut Nurul Afida agar kelihatan panjang bagi mengekalkan identitinya sebagai kanak-kanak perempuan.
sumber: kosmo
13 comments:
alahaiii...
kesian nyer adik tuh... semoga ada ubat utk penyakitnya itu
cian dia
=(
wlau dlm keadaan mana sekalipun anak adalah anugerah allah yg tidak ternilai .. semoga keluarga ini kuat hadapi ujian allah
kesian dia kan kak...
ujian untuk mereka..kita belum tahu lagi..
Kesiannya. Semoga parents ini tabah.
alahai kesiannya....insya allah pasti tuhan akan temukan jalan dan caranya...
setiap ujian pasti ada hikmahnya ...
rasanya ada kaitan dengan darah . redha , inshaa Allah ada ganjarannya . disebalik kekurangan itu ada kelebihan ...
KESIANNYA DIA...
kesian sgt..semoga ank ni cpt sembuh kan..
Post a Comment