nuffnang advert

Wednesday, May 29, 2013

soal jwb agama: anak 8 tahun masih tidur dgn ibubapa



Soalan; Assalamualaikum, saya ingin bertanya kemusykilan saya tentang hukum anak berumur 8 tahun masih tidur bersama ibu-bapa. Ada yang berkata kena asingkan tempat tidur habis tempoh menyusu, saya tidak pasti kesahihannya. Terima kasih.

Jawapan;

Tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana dikhuatiri  berlaku pendedahan aurat dari bapa dan ibunya ketika tidur. Di dalam al-Quran, Allah berfirman (bermaksud);

“Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya. Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana” (ayat 58).

Dalam ayat di atas Allah memerintah anak-anak sekalipun belum baligh (tetapi telah sampai umur mumayyiz) supaya meminta izin sebelum memasuki bilik atau kamar ibu dan ayahnya terutamanya pada tiga waktu;
a)      Sebelum subuh adalah masa kamu bangun tidur
b)      Selepas solat isyak ialah masa kamu tidur
c)       Waktu tengahari (ketika matahari tegak atas kepala) adalah waktu qailulah iaitu waktu disunatkan kita tidur seketika sebelum solat zohor.

Sebab perintah tersebut ialah untuk mengelak dari terdedahnya aurat ibu-bapa kepada anak-anak. Inilah yang kita fahami dari ungkapan Allah dalam ayat tersebut; “Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu”. Berkata ulamak –antaranya Syeikh Tohir Ibnu ‘Asyur-; “Adalah suatu yang jelik ibu-bapa membiarkan anak-anak mereka (yang telah mumayyiz) melihat aurat mereka kerana pandangan anak-anak akan membekas (dan menjadi tabiat) dalam diri mereka. Wajib anak-anak diasuh supaya menjaga aurat sejak dari kecil (yakni memelihara diri dari mendedahkan aurat dan dari melihat kepada aurat orang lain) agar ia akan menjadi tabiat pada diri mereka apabila mereka besar nanti” (Tafsir at-Tahrir wa at-Tanwir, surah an-Nur, ayat 58).


14 comments:

Ena said...

Terima kasih...
Yerla kan.. nak2 anak2 skrg cepat sgt matangnya..

diana said...

anak saya dari umur setahun dah tidur sendiri.peliknya dah besar2 ni nak tidur sekali ibu ayah...mujur la jarang2 je..kalau tidak,kacau daun ja...hahah

My Firdz said...

Nice sharing.. :-)

Nurzakiah Hanum said...

great info

Nurulhuda Abdul Latip said...

tq for the info

Sue-Rya Qistina said...

mmg perlu diasingkan kak. anak saya yg sulung tu, mujur since 5 thn dah tidur asing kt bilik dia. mula2 dia takut gak, tp lama2 dah terbiasa, dia ok. thanks for sharing this info!

Fiza Rahman said...

Mekasih for the info. Tak habis touch-up lagi bilik anak bujang tu.

lizz said...

anak ai tu asyik nak tdo ngan maknyer jer...adoi...

Rasp said...

thx for info ni sis...
very helpful...
Sapphire memang dah sleep in her own room dah...

Amanina Mads said...

nice info.. huhu
teringat dulu smpai ke darjah berapa nk tidur lg dgn mak

mamyharraz said...

aku pulak dok lah berkepit dgn ank habis apaknya sesekali je adanya pon huhu

seharum kasturi said...

kesimpulannya , tak kira siapa dan bila , sekiranya nak masuk bilik kita perlu ketuk pintu dahulu ... klu x nanti ada yg dpt tgk wayang free ... heheheee ...

NM03 said...

ok, faham!

ieda immi said...

uishhh
sib baik anak2 akk .. darjah 1 je semua dah tidur asing2 ;)