nuffnang advert

Thursday, April 25, 2013

Wanita Kelantan serbu kedai emas



ORANG ramai mengunjungi sebuah kedai emas untuk membeli barangan kemas di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini, orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan tidak melepaskan peluang membeli barangan kemas berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.
Harga emas jenis 916 yang menjadi pilihan ramai turun kepada RM380 bagi 2.7 gram berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.
Harga emas di pasaran dunia yang dicatatkan semalam ialah RM140 satu gram.
Tinjauan di sekitar bandar Kota Bharu seawal pukul 9 pagi semalam mendapati pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan bermula.
Pekerja sebuah kedai emas di Jalan Post Office Lama di sini, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki berkata, orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas turun disiarkan akhbar pada minggu lepas.
Susulan itu, Wan Ahmad Salihan berkata, operasi kedai itu yang ditutup pukul 5.30 petang setiap hari kini dilanjutkan sehingga pukul 7 malam.
Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka.


sumber: kosmo

27 comments:

Anum said...

untung2

NrlAidaHml said...

hoh!!mmg murah..nk tukar gelang lah ..dah putus pulak..mmg terbaik lah kan..

cik fadh said...

kt kuala pilah, emas 1g rm131..huhu..mak asik suh balik kg. je ajak suh cik fadh boli emas..tp laa ni xde kesempatan lg..

wahida said...

cik fadh: eh, murah tu cik fadh...gi balik kampung cepat...

emarieys said...

JOM SERBUUU

sudipVSsenduk said...

nak buat gigi emas la, lepas tu masuk bertanding dlm kilauan emas...
nyah, ko jangan lupa vote mak tau

wahida said...

svs: kahkah...tak menahan la akak neh...

NM02 said...

aku p one utama hari tu, penuh tomei ngan poh kong kau. aku pun terlibat same, nasib baik takde yang berkenan. aku mmg rasa nk balik kg je noks

Pokok Manggis Depan Rumah said...

suka wanita dengar berita ni.

suwara entertainment said...

amboi..gitulah kaum hawa ni kan. hehehe

norhidana said...

wahhhhh ni yg rasa nk try serbu gk nih... heheheh...

Fiza Rahman said...

Murah tu.

Dandan Diri said...

Owh harga emas dah turun...boleh tambah koleksi ni..hihihihi

http://dandandiri.blogspot.com/

Tie HT said...

den tak mandang dah omeh...hikhiks :)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

jgn lepas kan peluang

Ratu Hatiku said...

Nsb baik xberapa minat sgt..hihihi

lizz said...

kemain murah tu...patutla dierang serbu...

qemaishak said...

time bajet xde ni la emas muroh pulok huhuhuhu

Anonymous said...

harga emas turun dah skang ni kan !

Suria Amanda said...

Ye la..harga emas turun skrg ni...

Azian Elias said...

untung akak tak minat emas kuning. .kalau tak, mau gak serbu.. hee

akubiomed said...

Sudah tidak kira undi atau tidak. Emas juga diburu. :-)

Dr K said...

good investment tu..gold is the best investment, paling tidak tergugat dek inflasi....aku nak beli jongkong emas la nok...hahaha

Nina Mads said...

skrg masa sesuai nk beli..nanti harga naik pulak

Papa PUSS said...

Fuhyoo bape rat semua sapu tu hehe

amirah said...

serbu kakkkk...

kurus said...

tgk aje lahhh ;)