nuffnang advert

Friday, April 26, 2013

pelaburan emas Kuwait Finance House

Assalamualaikum semua...
Hari Selasa minggu lepas kami laki bini amek cuti nak setel byk urusan...salah satunya, aku nak melabur dlm pelaburan emas....sebelum tu, kami ke Pusat Zakat di Masjid Negara, pegawai zakat tu sarankan kalau nak melabur dlm emas, pilih dua tempat shj, iaitu sama ada Kuwait Finance House atau Al Rajhi....so, dlm kul 2 ptg, kami sampai ke Kuwait Finance House di Jalan Pinang....setelah diberi penerangan, aku setuju utk melabur emas ni...

 inilah emas nya...10gram...mintak izin dgn mamat officer tu nak amek gambar emas ni...kehkeh...
kalau nak melabur permulaan minimum adalah 10 gram...masa kami datang hari Selasa minggu lepas, emas masa tu mmg tgh turun...rm136 segram...terkinja2 aku nak invest terus...hahaha...

ini pulak dari sisi belakang...
aku dah siap isi borang dah pun...dah lengkap dah semuanya, dah diberi peluang utk pegang emas ni pun...tapi nombor giliran aku tak sampai2 lagi...huhu...sejam setengah menunggu...lama giler...kaunter pelaburan emas pulak cuma dibuka satu kaunter jer...grrrrr....dah la ramai yg nak invest emas masa tu..boleh dia bukak satu kaunter jer...hadoi la...so, malas nak menunggu terlalu lama, (sbb kami ada urusan lain pulak lepas tu), kami pun balik je la dgn hati yg kecewa...bwk balik je borang2 dah siap isi tu, nnt aku ingat nak pergi balik dlm masa yg terdekat ni, sebelum harga emas kembali naik...



mmg hari tu takde rezeki aku.... :(

42 comments:

Nurzakiah Hanum said...

pelaburan yang bijak

Sue-Rya Qistina said...

mmg satu pelaburan yg bijak :)
xpe, insyaAllah ada rezeki akak tu nnt

saniah said...

Dah naik dah dik....hari rabu baru ni akak dpt beli harga dah 170/gram....beli bar mcm tu jgk tapi kat kedai emas...mgkn jgk kat kedai lbh mahal kot...
Tapi 135/gram mmg sgt sgt murah laa

amirah said...

aritu pun nak beli gak tapi tak ter pergi2 bank...ermmm bila la lagi nak turun gamaknya

wahida said...

saniah: uik, naik balik dah? baru paper semlm ckp harga emas turun lagi...huhu...

Rasp said...

pelaburan bijak utk masa depan kan sis.....

Lynn Hamzah said...

insyaallah ada rezeki nak melabur juga...

Fiza Rahman said...

Menarik ni. Nak melabur juga lah.

Dee said...

mmg pelaburan yg bijak..tp baru semlm jengah habib..harga emas dah naik balik ke 160..huhu..

Nieda ramly said...

mokcik kaya.....
tahniah .
beruntung dpt dpt pelaburan.
byk tu 10 gm ....

Kakzakie said...

Betul sekarang makin ramai yg dah melabur emas. Dari pakai barang kemas bimbang kena ragut baik beli bar simpan dalm bank..

Masya said...

wahh buat pelaburan emas ker??? alahai kesiannya.. biasalah tu.. ramai permintaann.. buka satu kaunter jerlah pulak..

Ratu Hatiku said...

Untuk pelaburan emas nie...

Cik Bluewendy Wendy said...

woah.. pelaburan emas mmg best.. :)

Has said...

xpernah lg buat pelaburan emas. beli brg kemas i is suka :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

ELOK sgt pelaburan mcm ni..

yg beli pon kena faham konsep .. hihi

Nafira usof said...

tak rugi melabur dgn emas nih.. len kali boleh try lagi nok~

Ahsfantasy Ryu said...

Emas dan hartanah memang
akan dapat pulangan yang hebat..
insyaAllah :)

Qhaifa Nur said...

mana tak untung wahida harga emas makin naik..bila turun tuh yang pakat ramai2 beli emas...
ada rezeki nak buat pelaburan emas juga...In Sha Allah

HeNRieTTa JoSe said...

btul la...kata org emas murah skank, tapi akan naek semula harganya nnti...pelaburan yang xmerugikan...

Daddy Ziyyad said...

bagus nok..aku pun nak tambah gold investment ni...sebenarnya, between emas yg dipakai VS emas simpan kat bank( kena make sure ada physical gold nya, macam kat KFH/Al Rajhi tu, baru patuh syariah a.k.a Halal), better yg simpan...sebab emas yg dibentuk utk hiasan ada susut nilainya..ni yg aku tau serba sedikit la

Cho Zila said...

ramai gak pelabur emas yerk.. bagusler melabur sementra harga rendah;... melihatkan permintaanni ramaini pasti emas akan naik balik...

Tihara said...

bagus melabur emas ni :)

akubiomed said...

Kalau ada pulus lebih boleh melabur didalam emas.

Amanina said...

dh boleh melabur dlm emas.. bagus2

Chinta Safia said...

pelaburan yang bijak

Ema Blog said...

pelaburan yg bijak...nasib dah buat beli awal yg seketul camni...tp rugi lah beli time harga mahal sikit dr sekarang...tp melabur dgn barang keman tak rugi

Emy Tak Kecik said...

emas mmg tgh murah kan skang ni...

aku time emas murah, xde plak duit nk beli pape...time emas mahal sibuk beli emas kuikuikui

Rinna said...

Bagus sgt.. buat pelaburan emas nie.. utk keperluan masa depan..

lizz said...

emas memang menguntungkan...tak per nanti cuba lagi yek...

Aishah Jahirah said...

pelaburan yang takkan rugi emas ni.....

JunAina said...

Trend beberapa tahun ni harga emas melonjak naik, kalau nak beli belilah sekarang. Dolu2 emas rm45/segram...tupun tak ammpu nak beli sekarang double tak mampu..ehehee...

eima said...

pelaburan yg bijak tp aku tak mampu ... hmmm

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... harap harga emas masih turun lagi ... sedang berkira- kira nih ...

Angah said...

rindu aar kat koo waheedaa

Hazmin Hamudin said...

Minimum 10gram tu kira berapa riban kak? Macam berminat je...

m.u.l.a.n said...

ramai yg melabur emas sekarang... harga tgh turun kan...

jeBateja said...

anda bijak....bila melabur dgn emas....

::NureeN:: said...

mmg bagus... kwn nureen yg melabor dok kira untung ja la ni hehee

Cho Zila said...

rindu ngan entry baru blog ini...

Amanda Suria said...

Gud luck nok...

Sharinginfoz said...

memang bagus melabur dalam emas ni, anyway saya dah jual okt 2012 masa tu RM160++ sekarang ni Rm140, rasa nak masuk kembali, at least dengan nilai yang sama saya jual dulu, boleh beli lebih gram.