nuffnang advert

Wednesday, April 3, 2013

soal jwb agama: Tak salah buang air kecil berdiri

Saya ingin bertanya mengenai tabiat kencing berdiri. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah lelaki suka kencing berdiri dan benarkah kencing berdiri itu adalah kencing seperti syaitan?

Dalam masalah ini juga saya menjumpai kes seorang lelaki yang selalu kencing berdiri. Walaupun ditegur, lelaki terbabit dikatakan masih berdegil serta menimbulkan masalah kerana rumahnya berbau hancing akibat air kencing terpercik ke dinding dan kekuningan. 
Isterinya juga tidak puas hati, lalu mengadu pada orang luar. Saya meminta nasihat Dr mengenai masalah ini. 

Salim,
Alor Setar 

Umumnya membuang air kencing sambil berdiri bagi seseorang lelaki tidak haram, malah dibenarkan dalam beberapa keadaan. 

Perkara ini pernah berlaku pada Rasulullah SAW. Menurut Hudhaifah RA: “Suatu ketika Nabi SAW pernah singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, baginda membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi baginda malah berkata: “Mendekatlah ke mari.” Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khaufnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Dengan kata lain, kencing berdiri dibenarkan apabila dapat menjaga pakaian dan diri daripada terkena najis. Ia pula sesuai dengan tempat tertentu. Lebih-lebih lagi apabila ada tandas khusus dan sebagainya. Ia sudah tentu tidak menyerupai syaitan. 

Bagaimanapun, pada kebiasaannya, Rasulullah SAW buang air kecil sambil duduk (mencangkung). Cara kencing sambil duduk lebih baik berbanding kencing sambil berdiri kerana seseorang dapat menjaga kebersihan secara lebih sempurna kerana air kencing tidak terpercik jauh. 

Selain itu, cara kencing sambil duduk juga dapat memastikan air kencing keluar habis. 

Kebiasaan yang dilakukan Rasulullah SAW perlu diberitahu kepada lelaki terbabit. 

Dengan itu, beliau akan menurut kebiasaan Rasulullah. Ia tentu dapat mengatasi masalah di atas. Beliau juga perlu dinasihati supaya tidak membuang air merata-rata seperti ke dinding. 

Sememangnya sudah ada kemudahan mangkuk tandas untuk berbuat demikian. Segala kemudahan perlu digunakan sebaik mungkin dan cara yang betul. 

Jika masih tidak tahu menggunakannya perlulah diajar satu persatu mengenai tatatertib menggunakan tandas dan bilik air seperti mengepam air apabila selesai menggunakannya.


sumber: harian metro

13 comments:

Daddy Ziyyad said...

Org Malaysia ni, bab nak pam jamban pun nak kena ajar

:: Mrs.Eady :: said...

tergelak aku baca komen daddy ziyyad! :D

Tihara said...

tapi memang betul kenapalah orang jadi susah sangat nak flush jamban kan...kalau flush rosak, jirus lah dengan baldi..

ieja amieja said...

nice sharing..apa pun akk ajar ank n ank2 asuhan (L) kencing cangkung..iman w/p dah besar terbwk2 tabiat tu smpai besar..alhamdulillah

p/s: wahida..mengandung anggur tu ibarat mengandung tp x de bby..sesetghnya hanya kantung bby yg kosong..ada kes hanya ketulan daging je dlm kantung rahim tu..klu mengandung anggur luar rahim lbh bahaya..tu yg akk tahu la drpd penerangan doktor..

wahida said...

ieja amieja: oooo, faham dah teman...aceh kakak!!

faraherda.razalan said...

Mmm..tau dah....

Khai♥Rin : anies said...

apa salah duduk kn..lbh sopan n jg kebersihan..

tenku butang said...

aiyoo.. kasi duduk lea kalu mau cennn.. hu3

[sutera kasih] said...

perempuan yg x elok kencing berdiri..kan?

jeBateja said...

elok le cangkung.....uhukz

seharum kasturih said...

assalamualaikum ... betullah . kencing berdiri mmg akan mercik pada seluar . Jadi tak leh la nak wat solat bila berada kat luar nun...

zana fahmi said...

Bab ni la akak selalu marah anak bujang akak. Biasa la budak, nak cepat je taunya. Masalah kencing berdiri ni sebab tandas akan berbau sampai keluar.

mama said...

ehem..kelakuannya melambangkan peribadinya..tak suka mama org lelaki kencing berdiri tu..he2x..