nuffnang advert

Wednesday, April 24, 2013

soal jwb agama: guna minyak pengasih utk suami

Soalan; ASSALAMUALAIKUM, APAKAH HUKUM JIKA SAYA MENGGUNAKAN MINYAK PENGASIH KEPADA SUAMI? DENGAN NIAT SAYA INGIN MENJAGA RUMAHTANGGA...., INGIN SELALU DIKASIHI SUAMI...., DAN UNTUK ELAKKAN DARI PERGADUHAN. SUAMI SAYA SEORANG YANG CEPAT MARAH (BARAN). KADANGKALA BILA BERBUAL ADA YANG TERSILAP KATA, TERUS MARAH2. KADANGKALA SEHINGGA SELALU MAIN2 DENGAN PERKATAAN CERAI. SAYA TAK MAMPU LALUI SEGALANYA. SAYA JUGA TELAH MENGGUNAKAN MINYAK ANUGERAH SERI DAN SUAMI ISTERI. ALHAMDULILLAH ADA PERUBAHAN. SEGALANYA KERANA ALLAH TAALA. NIAT SAYA SANGAT2 INGINKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN INGINKAN PERUBAHAN SUAMI.
HARAP USTAZ DAPAT BANTU MENJAWAP.

Jawapan;

Elakkan dari amalan pengasih kerana ia membawa kepada Syirik. Berubat dengan syirik umpama mengambil dadah yang mana ia menenangkan seketika, tetapi membawa derita selama-lamanya di kemudian hari.

Yakinlah kepada Allah, jangan berputus asa mengharap kepadaNya, jaga solat fardhu, banyakkan solat hajat dan beristighfar, manfaatkan ketika sujud untuk memohon hajat kepada Allah. Penyelesaian dengan minyak pengasih akan membawa kemusnahan di kemudian hari, bayangkan bagaimana jika suami mengetahui? Namun pengelesaian dari Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Yakinlah kepada Allah dan jangan berputus asa dari rahmah dan kurniaanNya.

Wallahu a'lam.



sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

15 comments:

Anum said...

thanks

-Sara- said...

yg penting doa yg berpanjangan pd Dia kan lebih afdal..kan :)

suwara entertainment said...

beramal dgn ajaranNya lagi bagus dari menggunakan amalan2 yg mcmni. thanks for sharing

NM02 said...

pakai bedak banyak2.... calit gincu merah... pastu tyer kat lakik... comei tak kak ton.....









panggggg.... sia2 kena penampa ngan lakik. hehehe... sori, saje wat lawak

Suria Amanda said...

cucuk sini..cucuk sana...cucuk sinun..eh....aku mana ada laki la nok..hahahahahaha

eima said...

hmm melampau la klu pi bomohkan laki kite tu .. tak sanggup aku jd syirik.....

kurus said...

subhanallahhhhh

minta dijaukan lahhh perasaan macam nie ..

mama3heroo said...

tq share kak..rasanya x perlu kot nk guna minyak pengasih ni kan.cara terbaik ialah dengan selalu berdoa pd TUHAN agar melembutkan hati suami.

Mila@Rimbun said...

better hadiahkan alfatihah untuk suami setiap kali lepas solat dan doakan moga dia lembut hati kan.. dari nak percaya dengan minyak pengasih camni

Tie HT said...

dah jadi syirik, dosa besar tu kan..nauzubillah

YattAkasah said...

takut lak dengar..huuhu

Unknown said...

isteri senang kena buli kot..ekekeke

Unknown said...

Niatnya betul dah.. Caranya salah..

Ps Aku guna bawang besar. Ada jugak kata bawang putih ok. Tp takut pijar. So aku guna bawang besar je. Tu pun aku skeptikal mulanya. Aku pk.. Hish takkan letak bawang kat kaki boleh turun suhu. Tapi serius menjadi. Aku pun tak pasti apa sains disebaliknya..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

aish tak mo pengasih2 ne.. tunjuk je kasih syg confirm suami syg

zahar said...

terimakasih atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat!