nuffnang advert

Thursday, March 7, 2013

Kiram marah digelar pengganas





LEMAH... Jamalul Kiram III berjalan dengan menggunakan tongkat di rumahnya
di Kampung Maharlika, Manila kelmarin.



MANILA - Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam.
Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.
"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.
Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.
Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.
Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.
Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.
Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.
Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.
Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.

sumber: kosmo

43 comments:

Anum said...

adoi2

Dr K said...

ni lah manusia paling bebal...patut dia ni pun kena bom

Izwa Kamaruddin said...

kalau ade kuasa menyumpah org dah lame aku sumpah diaorg jadi harta karun yg tertanam kat dlm laut sabah tuh!

Unknown said...

malaysia kene buka balik sejarah malaysia ni..sabah tu hak milik malaysia..kasik ceramah skit kt sul.sulu..tu pentingnyer sejarah..adusss x paham den!

Hudalatip said...

Sakit jiwa la dia ni..

Hazmin Hamudin said...

Patut la negara sulu tu tak membangun, istana papan. Kesian dapat raja bebal..

Kayu Manis said...

tulah dia..kalau nak tahu byk org felda tu org sulu sendiri..kat sabah tu berlambak org filipina..

dah tua tu larat lg ke..jgn campur tangan org luar sudah..sekali perang mau bangkrup malaysia

suwara entertainment said...

ikutkan apa yg sue baca kt paper tadi, dia ni mmg xde dlm senarai pewaris kesultanan sulu pun. adoyai..huru hara malaysia dibuatnya dek kerana mereka2 ini

eima said...

sudah2 la tu

Salina@IbuAqil said...

Lahai!!!
Huh!!!

*∽ IZAN ∽* said...

silap tanggapan daaaaaaaaaaaaa

Unknown said...

depa dah nekad..kita pun kena nekad jugak..tak guna berlembut dengan orang degil..

norhidana said...

oh yelah bkn pengganas sampai dh msk kt kawasan org tanpa izin, bt onar kt tmpt org, pastu bunuh lak org kire bukan pengganas la... dh tua nk mampus gitu pun sibuk nk berebut tanah... eee geram nyer aku

Kakzakie Purvit said...

Ada diabetic lagi dia nie dan dialisis pun dibantu kewangannya oleh kebajikan Filipina. Sengkek sebenarnya...

NenetPenne (NP) said...

alahai pakcik nih..sedih betul laa...
mampu ke nak tadbir sabah? sudah2 lah tu... bawaklah mengucap...

akubiomed said...

Beliau cuba mengelirukan rakyat Sulu sendiri.

Unknown said...

patut dia yang kena tembak~ lagi bagus~ geram!

Suria Amanda said...

kasik bom terus la senang...semak jer simpan dia ni

Nieda Ramly said...

jiwa kacau dik non

Unknown said...

Tak mengaku diri tu pengganas pulak.. :) hee.

IMA SALSUZAIMA said...

pulang ke tanah air?? dengan membawa senjata?? soooo gila...nyusahkan je

Chik Att said...

Sakit atiiii....

lieyalatif said...

Ni tua kutuk x sedar diri....puiii!!!

Tie HT said...

ape lah nak jadi

gadisBunga™ said...

degil!

Eye_nee said...

Hidup diam2 sudahlah kat situ...Kesultanan pun tidak diikhtiraf Filipina ada hati nak jadi sultan kat Sabah...

shida said...

rumah kata p... kubur kata mari... tak sedar2 lagi org tua ni... p duduk masjid tambah amal ibadah pun bagus..

Nastyna said...

aduh pakcik ni dah kenapa.

just azura! said...

kesian dia.. kesian sebab nak dapatkan sabah tapi tak dapat.. kesian sebab dia kepingin sangat sabah tapi tak dapat. hahaha..

dia ingat dia boleh ambil hak orang sesuka hati..kesiann pakcik ni..

mama aini said...

ehem senang cerita pengganas2 ni kasi bersih semuanya !!..kasi tembak je semuanya .. :)

miss Fyqa said...

huhu

Amie said...

Inilah akibatnya kalau buta sejarah....

Mulan said...

cemana lah buleh sekarang ni timbul semua ni.. moga malaysia kekal aman..

Yaya Azura said...

Cepat2 lah malaysia ku kembali aman..aminnn

Nina Mads said...

Salam.. bru 1st singgah sini :)

Dah memang betul..

Unknown said...

kembali ke tanah air sendiri? banyak cantik muka ko kiran.. lau berani sangat sendiri datang la.. suh orang lain yang bergdai nyawa, pas tu cakap besar.. aduhai.. Selamat kan la MAlaysia..

zulaikha megat said...

assalam..kak zu ziarah sini kembali..

sedihnya bila sesama islam bercakaran..doa hanya yang baik baik perakhirannya

Unknown said...

sudahlah kiram pi dok diam dalam istana hinggap tu...jgn kacau org!!!

lizz said...

baru baca kat sinar tadik...katernyer dierni sultan paling miskin di dunia

eiela said...

ya allah, ramai dah nyawa terkorban. sudah2 la tuh kan.

RamRamCute said...

erm...betul ke dia ni sultan sulu??

Misz-ella said...

hmmmm .. patut dia yg dibom dulu sebab ini semua dia punya angkara

Buatbest said...

kesian pulak tgk dia dah bertongkat2 dah..huhu