nuffnang advert

Wednesday, February 6, 2013

soal jwb agama: pergi tanpa wasiat


Jika orang tua kita meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, adakah semua harta pusaka ditinggalkan jatuh kepada anak sulungnya?

Bolehkah anak sulung terbabit menguruskan dan menggunakan semua harta peninggalan itu tanpa membahagikannya mengikut hukum faraid?

fatimah
kelantan

Islam menetapkan semua harta pusaka hendaklah dibahagikan menurut hukum faraid. Al-Quran menetapkan ahli waris dan jumlah yang akan diterima mereka sebagaimana dijelaskan dalam surah an-Nisaa, ayat 11, 12 dan 176.
Contohnya termasuk dalam ahli waris ialah isteri dan anak perempuan si mati yang mendapat jumlah tertentu dalam pembahagian pusaka Islam. 

Apabila ia tidak dibahagikan menurut ketetapan al-Quran, berlaku penganiayaan kepada waris si mati termasuk anda sendiri. 

Anak sulung tidak boleh membolot semua harta pusaka kerana tiada wasiat. Lagi pula, Islam sudah menetapkan ‘tiada wasiat kepada ahli waris.’ Semuanya sudah ditetapkan dalam hukum faraid. Dengan kata lain, rujukan kepada ayat di atas sebagai asas dalam pembahagian harta pusaka berkenaan. 

Menurut Islam, sebelum pembahagian harta pusaka si mati dibahagikan kepada ahli waris, ada tiga perkara yang perlu dilakukan dengan harta peninggalan si mati iaitu: 

(1) Perbelanjaan pengurusan jenazah diambil daripada harta peninggalan si mati tanpa berlebih atau berkurang. 

(2) Pembayaran segala hutang si mati. 

(3) Penunaian segala wasiat si mati dengan tidak melebihi satu pertiga daripada harta si mati (Abd al-’Ati 2008: 270-71). 


Sekarang terdapat laman web yang memberi maklumat secara terperinci mengenai pembahagian harta pusaka dalam Islam dan cara pengiraan berkomputer. 

Contohnya, laman web Sistem Maklumat Faraid oleh Pusat Pengajian Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM). 

Cara pengiraan begitu mudah untuk digunakan kerana menggunakan aplikasi komputer dan sesuai dengan perkembangan sekarang (lihat, http://maths.usm.my/faraid/msl/ default.html).


sumber: harian metro

12 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great share

Ratu Hatiku said...

Tq sharing

Sue-Rya Qistina said...

thanks for sharing

Lynn said...

As salam..

Ramai yg tak tahu tentang wasiat nie..Dan sebab tu berlaku kepincangan keluarga hanya disebabkan harta..Nauzubillah.

Amanda Suria said...

thanks noks..get more info on this..
nice sharing

NM02 said...

soal jawab agama hari ini sangat penting utk semua. tq jah!

sudipVSsenduk said...

harta pusaka boleh bawa bahagia & derita kalau tak diuruskan dgn betul

ieda immi said...

TQ sharing dik
sgt2 berinformasi ...

the malay male said...

masa sihat, masa muda ni eloklah dibuat wasiat awal2 bagi mengelak kerumitan di masa akan depan.

:: Mrs.Eady :: said...

good sharing~

mama said...

thanks atas perkongsian..selalu jadi bila ibubapa meninggal ank2 berebut harta..sedih dengar cerita2 begitu..

Kesuma Angsana said...

gd info tq ye