Namun, saya mendapat tahu suaminya sering mengunjunginya dengan alasan menjenguk anak, tapi dalam masa yang sama ingin ‘bersama’ dengannya.
Saya tidak pasti sama ada mereka sudah mengadakan hubungan intim (persetubuhan) atau tidak, tetapi sebelum ini saya pernah lihat mereka berpelukan, malah di leher kakak ipar saya ada kesan gigitan cinta.
Daripada apa yang kakak ipar saya ceritakan, mereka seperti sudah mengadakan hubungan intim beberapa kali selepas kejadian lafaz cerai itu sedangkan mereka tiada niat untuk rujuk kembali. Kakak ipar saya nekad untuk bercerai, tetapi dia masih mengadakan hubungan dengan suaminya. Apakah hukumnya Dr?

Elina,
Melaka
Secara umum perceraian yang berlaku di luar Mahkamah Syariah (Pejabat Agama) hendaklah dilaporkan dalam masa tujuh hari. Mahkamah akan mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talak yang dilafazkan itu adalah sah mengikut hukum syarak.
Apabila mahkamah berpuas hati bahawa talak adalah sah, maka ia akan membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak, merekodkan perceraian itu dan menghantar salinan rekod kepada pendaftar. Ini yang sepatutnya dilakukan oleh kakak ipar anda.
Jika hubungan suami isteri kembali intim selepas perceraian talak raj’i, rujuk boleh berlaku secara perbuatan dalam masa idah seperti perbuatan mencium dan hubungan intim. Ia dikira sebagai bersekedudukan semula dan perlu juga dilaporkan kepada mahkamah.
Dengan kata lain, perceraian perlu direkodkan terlebih dahulu dan diikuti dengan bersekedudukan semula sebagai suami isteri. Ini penting dalam penentuan bilangan talak dan rujuk.
Sekiranya isteri (kakak ipar) tidak bersetuju untuk hidup semula sebagai suami isteri atas sebab yang dibenarkan syarak, pihak mahkamah hendaklah melantik jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan masalah antara kedua-duanya.
Keputusannya bergantung kepada mereka berdua sama ada ingin berbaik-baik semula sebagai suami isteri atau suami terpaksa melafazkan talak kali kedua di mahkamah.
Ini akan berlaku sekiranya kakak ipar berkeras mahu bercerai. Tindakan segera perlu diambil oleh saudari, kakak ipar atau keluarga bagi menyelesaikan persoalan ini daripada berpanjangan sehingga boleh menyebabkan masalah di masa hadapan. Ia perlu ditangani secara baik.
Dalam hal ini, keluarga terdekat boleh diminta nasihat dan pertolongan agar masalah di atas dapat diselesaikan, sekali gus rumah tangga kembali aman dan bahagia.

sumber: harian metro
17 comments:
hurmm..
oh...mcm tue
Owh...
Kalau ikut munakahat mana ada mahkamah tapi sebab terikat hukum syariah kenalah akur dgn mahkamah. Tapi kalau ikut munakahat sebenarnya dlm 'idah boleh kira dah rujuk balik. Wallhu'alam..
pulak...
penting perkara2 mcmni.
kdg x sedar apa yg dilafazkan.
nak bercerai tp masih bersama...apa kess tu...memain ke apa..
ishk..iskh..mcm tu plk..
macam main2 pulak kan...tp kalo dh bersama bkn ke dh dikira sbg rujuk..errr...
rasanya dah rujuk balik je tu tanpa sedar sebab hubungan intim dilakukan dalam tempoh iddah...
dah cerai, tapi main tapi tak nak rujuk..oh fening...
Yg adik ipar dia ni pun gigih skodeng love bite..kah kah kah
kakak ipar , maksudnya suami dia abang awak ke..? gitu?
ke.. nih sekadar share info..?
Jawapan dah ada di atas tu so lynn beri komen secara in person lah ye..Masalahnya org Melayu ni suka main2 dalam hukum agama sebab mulut kata tak nak..nafsu kata nak.
hidayah: ish sis ni, ni share info je la..heheh...tiap2 ptg rabu mmg ada segmen soal jwb agama dlm blog ni..saya copy dari harian metro...huhu...
ermmmm... jangan main2 cerai2 ni...
ehem..mcm2 perangai manusia ni.. ;(
kena ambil tahu pasal ni juga...
Post a Comment