nuffnang advert

Wednesday, February 20, 2013

Harus warna rambut beruban


Suami saya berusia 49 tahun tetapi masih kelihatan muda seperti berusia 30-an. Sungguhpun begitu rambut suami sudah banyak uban dan dia selalu meminta saya untuk membantunya mewarnakan ubannya kepada hitam dengan bahan pewarna diperbuat daripada sejenis buah tempatan.

Saya pernah mengatakan kepada suami bahawa perbuatan itu adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Islam, kecuali dengan pacar atau inai. 
Tetapi suami beralasan perbuatan itu untuk keyakinan diri dan membuktikan kepada manusia lain bahawa jika hendak kekal muda jangan sekali-kali khianat dan berbuat jahat kepada orang lain. 

Menurut suami, petua itu juga sering diberikan kepada bekas pelajarnya atau kenalan yang lama tidak berjumpa. Mereka memuji penampilan suami yang tetap muda dan tidak berubah, walaupun usia suami akan mencecah 50 tahun.

Suami mengumpamakan tindakannya seperti perbuatan orang tua-tua (sahabat Nabi) yang ikut serta dalam peperangan pada zaman Rasulullah SAW di mana mereka diminta mewarnakan rambut yang beruban dengan warna hitam untuk mengelirukan pihak musuh.

Saya hanya menurut setiap kali diminta membantunya mewarnakan ubannya. Adakah perbuatan suami berdosa dan adakah saya juga mendapat dosa kerana membantu suami berbuat demikian? 

Fatin Najwa, 
Kampong Panchor Murai, Brunei Darussalam
 



Perbuatan suami meminta mewarnakan rambut dan bantuan yang anda berikan tidak termasuk dalam perbuatan dosa. Ini kerana secara umumnya ulama bersetuju hukum mewarnakan rambut yang putih dan beruban adalah harus dan dibenarkan syarak. 

Ini dapat dilihat apabila Rasulullah SAW sendiri membenarkan perbuatan mewarnakan rambut bagi membezakan dengan orang Yahudi dan Kristian yang mengelak daripada mewarnakan rambut mereka yang putih dan beruban. Rasulullah SAW mahu umat Islam mempunyai identiti sendiri berbanding dengan masyarakat lain. 

Rasulullah SAW juga berpesan supaya warna rambut Abu Qahafah, iaitu bapa kepada Abu Bakar RA yang sudah agak tua diubah warna daripada dibiarkan putih. 

Dalam kes Abu Qahafah, Rasulullah SAW menyuruh supaya dielakkan warna hitam kerana beliau sudah berumur (Qaradawi, 1995: 92-93).


sumber: harian metro

18 comments:

Ratu Hatiku said...

Good info.. Tq sharing ya..

Anum said...

good sharing

ewanthology said...

cabut uban boleh?

syariza09 said...

baru berkira2 nk warnakan uban2 yg byk kt kpala ai

Suria Amanda said...

kalau mcm tu aku kena la warnakan rambut aku nok...dah beruban banyak dah ni...

Kakzakie Purvit said...

Putih pun cantik macam bapak kakak semua dah putih - anak kakak kata rambut atok cantik macam mat saleh cuma kulit atok hitam:)

Anonymous said...

rmbut ku ado uban nok wakakakkaak..
myb psl bnyk pk kut.. aku ni time tido pun kdng2 berpk jgk ...

nk colour malas la.. bior la jd trade mark.. cz rmbut jenis perang ni kalau colour itam lg la xleh

*∽ IZAN ∽* said...

owh hari tu terbaca dari UAI kata harus utk Isteri menginai/mewarna rambut berubann untuk suami huhu

emy said...

good2...baru tau..hhehehe

norhidana said...

info yg bagus sgt kak, tq.... sbb selalunyer org ckp kalu warna rambut ni salah...

Munn Jaafar said...

klau putih semua...atau kelabu semua...style apa? :)

Nieda Ramly said...

mula2 ingat suami wahida ....ropa2nya
soal jawab agama..hihihi
tapi rambut yang kasar akan cepat beruban drpd rambut yg halus

suwara entertainment said...

husb saya dah ade uban, selalu dia soh saya cabutkan aje. tapi cara tu selalunya akan memperbanyakkan lagi uban klau tak silaplah

Unknown said...

suami saya pun ada uban dah..
tapi dia tak nak wrnakan..tambah2 hari nibaca dailymail kata kebanyakan pewarna rambut boleh menyebabkan kanser

Anonymous said...

tq share this ye

nur emilya said...

wah, info baru ni.
thanks!

mama aini said...

salam..thanks atas perkongsian..

akubiomed said...

Richard Gere rambut putih macam kapas tetap kacak. :-)