nuffnang advert

Thursday, February 7, 2013

dua renjer Indonesia parah diserang biawak komodo





GAMBAR fail menunjukkan seekor biawak komodo di Pulau Komodo pada 2 Disember 2010.



JAKARTA - Seekor biawak komodo di Indonesia menyerang dua orang renjer perhutanan di sebuah pulau yang menjadi habitat spesies cicak raksasa tersebut, kata seorang pegawai semalam.
Pegawai berkenaan, Heru Rudiharto berkata, serangan itu telah menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.
Menurutnya, seorang renjer berusia 50 tahun sedang duduk di bahagian hadapan pejabatnya di Pulau Rinca tengah hari kelmarin apabila seekor biawak komodo sepanjang dua meter tiba-tiba menerpa masuk.
Pulau berkenaan menempatkan Taman Kebangsaan Komodo.
"Dia panik selepas melihat biawak Komodo itu dan cuba melompat ke atas sebuah kerusi. Namun, binatang buas itu dengan pantas menangkap dan menggigit kakinya," kata Heru,
Katanya, renjer itu merupakan mangsa serangan serupa oleh biawak komodo pada 2009.
Seorang lagi mangsa yang berusia 35 tahun telah mendengar jeritan dan dengan segera berlari untuk memberi bantuan tetapi dia turut diserang reptilia ganas itu.
Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil selepas menerima beberapa jahitan di sebuah klinik kesihatan berdekatan, ujar Heru.
Bagaimanapun, katanya, mereka kini diawasi di sebuah hospital bagi memastikan tiada jangkitan berlaku.
Biawak komodo dipercayai memburu menggunakan strategi 'gigit dan tunggu.'
Binatang buas itu menggunakan bakteria beracun dalam air liur untuk melemahkan atau membunuh mangsa.
Namun, penyelidikan terbaharu mendapati rahang cicak raksasa itu mempunyai kerandut racun yang boleh menyebabkan mangsa menjadi lumpuh dan kejang serta pendarahan.
Reptilia tersebut tinggal di beberapa buah pulau di Indonesia. - AFP


sumber: kosmo

22 comments:

Anum said...

wow takutnya

Izwa Kamaruddin said...

seram!

Hudalatip said...

Scary nya..kalau la terjumpa biawak ni tak taulah camana.

Cho Zila said...

alamak penah tengok kat mana tah pasal biawak ni.. tapi tempattu nampak cantik.. nak gi takutler tak pasal2 kena serang...

Unknown said...

oh sangat scary..tobat aku takut nak gi pulau tu..hahaha..

Zana Adieyza said...

takutnya.. nasib baik org tu x meninggal ke kan.. bahaya!

Unknown said...

Macam dah lama tak dtg sini, baru teringat dulu2 biasa komen..hehe..baru ada masa blog walking.

Akak ni cicak pun dah takot, biawak kat tempat kita kecil pun dah ngeri apa lagi besar mcm tu..huhu..lari.

suwara entertainment said...

kesiannya. x pasal je jadi mangsa biawak ni. mmg nampak besar kan. geli geleman je!

Eye_nee said...

tgk lah size dia...mmg besar dan ganas jer rupanya....

ewanthology said...

bahaya jugak biawak ni ye

Unknown said...

besonye..takut tengok..huhu

Suria Amanda said...

MENAKUTKAN ..X DAPAT AKU BAYANGKAN KALAU AKAU LA YANG ADA KAT SITU...MATI DAH KOT...

Unknown said...

eii..geli aih...
biawak biasa kalau saya nampak pun saya lari lintang pukang..hehehe

Unknown said...

eii..geli aih...
biawak biasa kalau saya nampak pun saya lari lintang pukang..hehehe

Ezwan Amrin said...

kalau biawak biasa tu, dia yg takut kita...kalau Komodo ni, 500 meter pun aku x berani dekat..haha

N i e Z a said...

besar giler biawak nih...

Kakzakie Purvit said...

Siap disediakan tapi tak ada pengawasan ini jadinya. Kesian sebab dah 50 tahun tu yg sorang...

NenetPenne (NP) said...

agaknya biawak tu lapar sangat kottt... next time sila buat grill kat depa office..

tapi kat satu pulau area pulau tioman pun ada jugak biawak besar gini... masa tu kitaorang piknik, tetiba muncul depan mata sebab dia terbau ayam yang kitaorang makan..hohhhh kelamkabut i cari perlindungan...

SM@A said...

Salam ...

Kalau tak silap tahun lepas ada seorang budak mati kerana biawak komodo ini jugak.
Menakutkan.

akubiomed said...

Dipercayai biawak komodo ini hidup dari sejak zaman Jurassic dan memang diketahui bahaya kepada manusia.

Hairan juga macam mana ada penempatan penduduk kampung di pulau tersebut walaupun tahu ia didiami oleh habitat biawak komodo.

kurus said...

waduhhh ! nie kalau jumpe nie .. mauu pengsan ! huhuh

mama aini said...

ehem merbahaya sungguh biawak komodo ni..