nuffnang advert

Thursday, February 28, 2013

Detik-detik belon udara panas meletup





KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup sebelum jatuh ke sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa, Luxor kelmarin.



KAHERAH - Imej rakaman amatur yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup yang menyebabkan 19 orang terbunuh termasuk pelancong asing di Luxor, 510 kilometer dari sini kelmarin.
Kejadian itu berlaku kurang dua minit semasa ia membawa 20 pelancong dari Perancis, Britain, Belgium, Jepun dan Hong Kong.
Belon itu meletup 300 meter dari lokasi pendaratan.
Hanya dua orang terselamat dalam kejadian tersebut iaitu seorang pelancong Britain dan pengendali belon berkenaan dari Mesir. Kedua-dua mereka yang melecur teruk dirawat di sebuah hospital.
Menurut siasatan awal, belon tersebut meletup semasa ia dalam proses untuk mendarat pada pukul 7 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, terdapat kabel yang tersangkut di sekitar tiub helium menyebabkan berlaku kebakaran, menurut seorang penyiasat dengan pejabat pendakwa raya.
Seorang pengawai keselamatan berkata, kebakaran itu meletupkan tangki gas dan belon tersebut jatuh dari ketinggian 300 meter di sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa di Luxor.
"Saya menyaksikan beberapa pelancong terbakar dan mereka melompat keluar dari belon," kata seorang petani, Hassan Abdel-Rasoul.
Menurutnya, salah seorang mangsa itu ialah wanita hamil.

sumber: kosmo

31 comments:

MaMa3HerOO said...

ade tgk berita ni..kesian..bahaya jgk naik belon panas ni

Fiza Rahman said...

Scarynya.

Zura Tahir said...

eeeeeee...takutnye..

Anum said...

seram :)

Hudalatip said...

semalam aku dah nengok gambar ni seram kan..tak terbayang kalau aku yang dok dalam tu..

Unknown said...

Seramnya. Tak berani nak naik..

Munn Jaafar said...

wanita hamil? aiyarrrkkkk!!!

ewanthology said...

ajalnya dah sampai.

suwara entertainment said...

siannya..dh la preggy

Lynn said...

La..dah lama tak tengok belon udara..

Izwa Kamaruddin said...

Allah!

Eye_nee said...

Ya-Allah...menakutkan la sis...

Suria Amanda said...

Dah tau hamil pi serah diri naik belon tu knp...scary la..x leh bayang...

akubiomed said...

Sukar dibayang kalau ada yang selamat dengan ketinggian sebegitu.

Azian Elias said...

baru lah berhasrat nak naik hot balloon ni masa nak ke Turkey nanti. nampak gaya, kensel lah. ngeri pulak.

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

ngeri lak baca..tpi mmg terigin naik..mcm best..tapi x jadi la nk try.

RamRamCute said...

ergghhh...menyeramkan lah pulak..suka tengok belon panas ni..tp dh jadi camgini takdelah nak cuba2 atau teringin2 nak naik..ampunnn

Hanis Azla said...

Sebhanallah.. takutnya..

eima said...

dasatnye cam ne la kan .. pas ni kena buat akta klu nk naik belon pana pakai payung terjun lah ...

Bunda_nora said...

assalam, hiii! menakutkan...

gadisBunga™ said...

sebab dah sampai waktu...

Unknown said...

scarynye.. yg msh hidup tu hope berangsur pulih la

Myra Jay said...

Takutnya..

Bahaya niehh

Unknown said...

semuga semuanya segera sembuh..

mamawaiz said...

bahaya jugak ye belon panas ni..

lieyalatif said...

Ishhh kesiannye...x jangka leh jadi sampai mcm ni sekali kan...kompom lepas ni kalo tgk belon udara kat putrjy yg tiap2 tahun buat tu aku dok jauh2 heheheeh

Aku skrang takleh dah nak berbw waktu keje tau nok...opis aku dah blocked blog...so mlm le baru aku bw...lambat le sikit kunjungan balas aku tuh

Unknown said...

2 orang je selamat dah ajal...

Tie HT said...

laa kesian kan

lizz said...

haih ngerinyer...

Anonymous said...

takutlah tgk !

mama aini said...

seram melihatnya..terus trauma tak teringin nak naik !!..he2x..