nuffnang advert

Tuesday, February 19, 2013

berebut telur sebiji




NAZMI ada membela seekor ayam betina, ayam itu sudah dibela sejak kecil lagi dengan penuh kasih sayang.

Suatu hari ayam Nazmi telah bertelur di dalam kebun jirannya Anwar. Berlakulah pertengkaran tentang siapa yang lebih berhak ke atas telur itu.

Menurut Nazmi, telur itu adalah miliknya kerana ayam itu adalah ayamnya. Anwar pula tidak mahu kalah, dia merasakan dia lebih berhak kerana ayam itu bertelur di dalam kebunnya.

Akhirnya Nazmi mencadangkan satu penyelesaian.

"Baiklah kalau begitu mari kita beradu kekuatan, siapa yang lebih kuat dialah berhak ke atas telur itu" kata Nazmi.

"Bagaimana caranya?" Tanya Anwar.

"Mari kita lawan sepak perut, siapa yang mampu bertahan dialah yang berhak terhadap telur ini" jawab Nazmi dengan bangganya.

"Baiklah kalau begitu biar aku balik ambil kasut but besi dulu" Anwar bersetuju dan terus pulang untuk mengambil kasut but besi.

Mulalah pertandingan yang mereka rancangkan. Nazmi dengan yakin sambil mengeraskan perut menyuruh Anwar menyepak perutnya dahulu.

"Ha, cepat sepak, sepak aku dah sedia ni" kata Nazmi bersungguh-sungguh.

Anwar segera menghayunkan muncung kasut but besinya sekuat hati ke perut Nazmi.

Apa lagi berguling-gulinglah Nazmi kerana terlalu senak perutnya disepak oleh Anwar dengan but besi yang keras.

Selepas kira-kira sepuluh minit kesakitan Nazmi mulai reda. Dia pun menyuruh Anwar bersedia kerana tiba gilirannya pula untuk menyepak.

"Baik sekarang giliran kau pula untuk aku sepak" Kata Nazmi mengarahkan Anwar bersedia.

"Tak mengapalah, kau ambillah telur tu" jawab Anwar sambil berlalu dari situ.





sumber: cari.com

27 comments:

Anum said...

hehehe
singgah petang

Anonymous said...

bagus ni hehehe

Izwa Kamaruddin said...

harharharharrr..... :D

Ratu Hatiku said...

hihihihi.....

Anonymous said...

ado berani heheheh

jeBateja said...

Chaitttt....baik poei awal2 lagik mengalah....sajo jo nak nyepak org....

Cik Puan Mimi said...

heheh buat saya ketawa petang2 ni..

*SiRibenMerah said...

hahahaha.. gila btul lawan sepak perut.. ekekekeke~

Unknown said...

ada pengajaran dalam citer ni..hahaha

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

kesian nazmi yg mengong! ha3..

kasihibu said...

Kerana sebiji telur

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

kah kah kah... sadis sungguh cite ni :)

akubiomed said...

Beradu kekuatan yang berat sebelah. :-)

Munn Jaafar said...

hahahhaa itu la awal2 tak pk. sggup sgt nk sepak perut sbb telo sebijik. tak pnh dpt telo ayam ka apa? hahahaha

nuyui a.k.a miss YUI said...

akhirnya pdn muka..hahah

akubiomed said...

Tanniah. Rajin BE Nuffnang singgah. :-)

N i e Z a said...

hahahahahah..adeh la..penat gelak...

Ina Haireina said...

hahahha.. adoi.. sabar je laa..

NM02 said...

hahaha... terkena!

nazayiena said...

Hahaha siannya Nazmi menahan sakit hanya kerana sebiji telur.

Anonymous said...

Nasib telo Nazmi yg x kena sepak ngan
But besi...ha...ha...

HoNeY_oK

Nastyna said...

hahaha puas hati kan.

norhidana said...

ampeh betul

suwara entertainment said...

kahkahkah. ketawa berdekah2. hamek ko!

Qashmere said...

Kelakar juga baca citenie

Suria Amanda said...

hahahahahaha.....sabar jer la...

mama aini said...

sian nazmi..sbb hanya sebiji telur terpaksa menahan kesakitan.. !!