Isteri digantung tak bertali
Bekas suami sememangnya tidak mahu datang ke mahkamah melafazkan cerai kerana dia terlalu ego. Kerana marahkan tembelangnya pecah setelah menipu saya, dia mahu menyeksa saya.
Ketiadaannya di mahkamah menyebabkan kes saya menjadi panjang. Saya cuba memujuknya melepaskan saya cara baik, tetapi tidak diendahkan.
Katanya hendak tengok saya menderita sampai tua tiada siapa mahukan saya.
Katanya hendak tengok saya menderita sampai tua tiada siapa mahukan saya.
Dalam keadaan begitu, muncul seorang duda yang simpati pada saya dan kami berkawan.
Dia ingin mengahwini saya. Masalahnya, kes saya yang panjang, sama-sama tidak tahu bilakah masanya yang kami boleh berkahwin. Saya mahu melupakan kisah silam dengan bekas suami dan ingin membina kehidupan baru.
Apa yang sedang saya lalui kini menjadi tekanan pada saya dan duda itu. Kadang-kadang terbit idea ingin bernikah di Thailand saja. Saya rasa sangat-sangat teraniaya.
Bukan soal tidak sabar atau tidak percayakan jodoh, tetapi dalam usia begini, kami ingin menikmati kehidupan yang lebih bermakna.
Sue,
SELANGOR
SEORANG isteri yang teraniaya dan dizalimi seperti didera suami tidak menerima nafkah melebihi tiga bulan dan suami menghilangkan diri boleh memohon kepada mahkamah untuk membubarkan perkahwinan.
Ia disebut sebagai fasakh. Fasakh adalah pembubaran atau pembatalan perkahwinan atas perintah mahkamah. Pembubaran dimaksudkan bukan disebabkan lafaz talak oleh suami terhadap isteri, tetapi disebabkan perintah dikeluarkan mahkamah atas sebab tertentu. Dengan kata lain, ia tidak memerlukan kehadiran suami untuk berlaku perceraian secara fasakh.
Setiap permohonan perlu disokong dengan bukti dan saksi. Saya mencadangkan puan melantik peguam syarie untuk memudahkan lagi urusan permohonan fasakh kerana membabitkan perkara teknikal.
Peguam syarie dapat menasihati puan dengan sebaiknya. Rancangan untuk berkahwin semula perlu ditangguh sebelum status perkahwinan puan selesai.
Mengambil jalan mudah seperti berkahwin di Thailand tanpa ada pembubaran perkahwinan akan menambah masalah dan kekusutan. Lebih baik untuk bersabar seketika memandang kes puan sudah berada di dalam perhatian mahkamah.

sumber: harian metro
11 comments:
Kalau ikut hukum munakahat dah gugur pun talak tapi itulah hukum syarie kena tunggu perintah mahkamah. Kesian... lebih baik buat fasakh aje.
eloklah buat fasakh..aku dulu nok..kes aku settle 1 hari jer...coz dia yg ceraikan aku bukan aku mintak cerai....kes kecik jer...semata2 aku x nak berenti keja padahal dulu aku baru naik pangkat dan aku muda lagi...dah dia kena cucuk ngan sedara mara dia...terus aku yg kena cerai..bkn nak bincang baik2....tp alhamdulillah....mmg kes aku sehari jer settle..
amanda suria: ye ke nok....kesian kat ko...tak pe lah, yg penting ko ada anak yg sweet sgt...yg dgr ckp ko...
aku x sabar tunggu wedding ko nok...
Aku isteri yg teraniaya...hahaha...
Jelas penerangannya.
zalimnya lelaki buat mcm ni
susah kan bab cerai yg mcmni. mmg kena mintak fasakh. mcm saya dulu cerai taklik. tu pun amik masa yg agak lama sbb ex ade kt kedah. syukur alhamdulillah dgn kehidupan sekarang :)
sue rya: Alhamdulillah...ko hepi sekarang kan nok...tak yah fikir benda2 yg menyakitkan hati tu yer...
sayang ko...
begitulah nasib org perempuan.....
byk kes2 cerai yg macam ni skrg kan. yg teraniaya wanita lah.
paling kesian bila kes berlarutan nk2 pula anak kecik2
jahatnya lelaki tu..nak aniayai sehingga tua..
Post a Comment