nuffnang advert

Tuesday, January 8, 2013

Ribut Sunamo dijangka sebabkan banjir gelombang ketiga





BEBERAPA orang penduduk riang bermain air laut di Pantai Beserah, Kuantan biarpun ancaman ribut Sunamo dijangka melanda kawasan pesisir Pahang esok dan Khamis ini.



KUALA TERENGGANU - Ribut Sunamo dijangka menyebabkan angin kencang serta hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir gelombang ketiga di negeri ini.

Ribut tropika dengan kekuatan 112 kilometer (km) sejam itu kini berlegar di perairan Laut China Selatan, namun orang ramai tidak perlu panik kerana ia dijangka tidak akan membadai negara ini.

Sebaliknya, kekuatan ia dijangka berkurangan kepada 36km sejam dan menghampiri perairan Dungun sejauh kira-kira 600km hari ini dan esok.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad memberitahu, walaupun kekuatan sudah berkurangan namun awan yang disedut ribut berkenaan ketika ini hingga menyebabkan cuaca panas akan dilepaskan ketika kekuatan ribut itu berkurangan.

"Awan tersebut akan menyebabkan hujan lebat kemungkinan menyebabkan banjir besar yang berlaku ketika gelombang pertama dulu atau lebih besar lagi.

"Ribut ini tidak pernah berlaku di negara ini dan kita sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



sumber: kosmo

11 comments:

Anum said...

kena berhati-hati pantai timur :)

kiwi said...

harap semua selamat..

Fiza Rahman said...

Semoga mereka semua di bawah lindunganNYA. Risau wei sbb umah kakak aku kat ganu....belakang laut plak tu.

Suria Amanda said...

simpati...semoga meeka diberi kekuatan untuk menempuh rintangan ini amin....

InaAchik said...

semoga kita semua dalam lindungaNYA sentiasa.
#eh rasa nak piat2 bebudak jantanz yg degil kat dlm gambar tu. pasal le degil sgt!!!

whitecappuccino said...

semoga dijauhkan musibah ini

Chik Att said...

Sama kita berdoa...

akubiomed said...

Daripada maklumbalas sahabat dari Pantai Timur. Mereka didalam keadaan baik.

Unknown said...

semoga xde malapetaka besar berlaku..aminnn

mamawaiz said...

Allah peliharalah Terengganu..
takut sgt..dah lah ofis n rumah dkt dgn laut

NM02 said...

minta dijauhkan dari perkara yg tidak diingini