nuffnang advert

Monday, January 7, 2013

Gambar Puteri Diana semasa remaja dilelong



SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri) berada di sebelah Russell.



AMHERST, New Hampshire - Sekeping gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yang meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini.

Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles.

Menurut firma lelongan, RR Auction, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini.

Tarikh yang terdapat di belakang gambar itu ialah Februari 1981.

Gambar tersebut dirakamkan selepas Charles dan Diana menamatkan spekulasi bahawa mereka akan berkahwin.

Menurut agensi berita AP semalam, gambar berkenaan diperoleh dari Arkib Caren.

Arkib itu mengumpulkan koleksi gambar-gambar dari surat khabar dan penerbitan lain.

Gambar tersebut dibeli dari akhbar Daily Mirror tujuh tahun lalu.

Naib Presiden RR Auction, Bobby Livingston pada Sabtu lalu menyatakan beliau tidak mengetahui identiti lelaki yang berada di sebelah Diana.

Bagaimanapun, beliau difahamkan, sebuah akhbar Britain berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu.
Media Britain mengenal pasti lelaki muda itu sebagai Adam Russell.

Russell ialah cicit bekas Perdana Menteri Britain, Stanley Baldwin.

Diana dan Charles berkahwin pada 29 Julai 1981.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berkecai pada 1996.

Diana kemudian meninggal dunia akibat nahas jalan raya di sebuah terowong di Paris, Perancis pada tahun 1997.

Beliau merupakan ibu kepada Putera William dan Putera Harry.



sumber: kosmo

21 comments:

Unknown said...

cantik jugak!

Nieda Ramly said...

muka pulus lagi ...muda remaja

gadisBunga™ said...

mendiang memang cantik natural... sukaaa...

faraherda.razalan said...

ctk betul muka die...haih!

Anum said...

cantik dia

Unknown said...

orang nama diana memang cantik agaknya..
eh!!eh!!

Suria Amanda said...

smooth jer kulit muka dia...amboi diana kat atas tu...

Unknown said...

Cantik kan lady d..my mom always tiru style rmbut lady d ni

Fiza Rahman said...

Cantik. Berapa lah harga lelongan.

kurus said...

cantik dia masa muda ..
sure mahal pic nie ;)

nazayiena said...

Cantik,mesti mahal lelongannya itu.

emarieys said...

ada harga gambar ni...mesti mahal

p/s : dah tengok citer strawberi cinta tu..biasa-biasa jer..dan slow sikit..

Tie HT said...

cumel diana ni...muka keibuan :)

Zaitun said...

Sangat cantik.

Shasha Mohamed said...

Puteri Diana memang cantik, kalau dia masih hidup tentu best kan!

akubiomed said...

Mendiang seorang yang sweet. Malangnya kematian beliau terlalu tragis.

Angah said...

comel je kan

Unknown said...

cantiknya Puteri Diana..suka tengok raut wajahnya..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

mmg cun ...:)

Kakzakie Purvit said...

Puteri Diana dari baby pun memang dah cantik. Airmuka dia pun lembut.

psst: tempat pensil tu beli di Hello Kitty Town tapi tak tahulah sekarang ada jual lagi ke tak. Kalau ada kakak boleh belikan ye wahida.

♥MAMASYAZA♥ said...

memang cantik sgt