NEW YORK - Bunyi tren bawah tanah kedengaran buat kali pertama semalam dalam tempoh empat hari yang merupakan antara petanda awal bahawa bandar raya yang menjadi ikon kemodenan Amerika Syarikat (AS) itu kini semakin pulih selepas lumpuh dilanda taufan Sandy.
Namun, di kebanyakan kawasan lain di Pantai Timur AS, berjuta-juta orang kini mengalami kekurangan petrol dan diesel, selain ketiadaan bekalan elektrik.
Sekitar enam juta kediaman dan premis perniagaan di 15 buah negeri di AS masih terputus bekalan elektrik setakat kelmarin.
"Saya terpaksa bergelap dan memerlukan petrol untuk menghidupkan generator di rumah," kata seorang lelaki, Abdul Rahim Anwar di sebuah stesen petrol di Brooklyn di sini.
Ketika ini, pasukan-pasukan penyelamat masih bergelut untuk sampai ke beberapa kawasan paling teruk terjejas akibat bencana besar tersebut.
Sekurang-kurangnya 76 orang terkorban dalam malapetaka itu di AS sejak Isnin lalu dengan pihak berkuasa memberitahu, angka korban dijangka terus meningkat selepas anggota-anggota penyelamat melakukan operasi mencari mangsa dari rumah ke rumah di beberapa bandar pesisir pantai di rantau berkenaan.
Pihak berkuasa AS menyatakan, Sandy mendatangkan kerugian AS$200 juta (RM610 juta) sehari akibat kehilangan aktiviti, manakala anggaran kerugian keseluruhan mencecah AS$15 bilion (RM45.7 bilion).
Ribut berkenaan yang meliputi kawasan seluas 1,609 kilometer dan bertiup selaju 130 kilometer sejam kini bergerak ke utara menuju ke negeri Pennsylvania dan Kanada.
sumber: kosmo
02/11/2012
18 comments:
balasan Allah
masyaAllah.....
syukur lah kita kat malaysia 'selamat'....
kuasa allah kan
nak melebihi kuasa dia , rasakan !
Ya Allah..takutnya tgk keadaan kt sana.
syukur ada dibumi Malaysia..
Kesian yg menjadi mangsa. Inilah kekuasaan Allah tak ada tolok bandingnya.
Itupun Obama sibuk lagi dgn debat dia dgn ketua pembangkangnya.
khairul, kat wall FB saya pun duk ckp ni balasan Allah SWT pada mereka sebab filem menghina Nabi tu..
kuasa ALLAH..
kita yg selamat ni pun kena beringatkan..
Tumpang simpati..byk rakan sekerja dsana kehilsngn harta benda n alhamdulillah x da yg kehilangn jiwa..
Ambil masa untuk pulih.
negara kita dengan kitanya sekali kena beringat sebelum kena...
mungkin ini peringatan dr Allah buat semua..semuga kita dilindungi dr segala bencana..amin..
Ngerinye tgk...
Eemmmm...sebagai sempadan utk kita....nak kutuk negara org...kang kena plak kat kita dengan cara yg lain plak...
moga dipermudahkan utk semua dgn cepatnya.. terkenang org2 tua & kanak2 & yg uzur.. moga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah..
semoga saudara kita di sana akan dipermudahkan..
satu peringatan buat semua umat islam sebenarnya..kalau Allah nak turunkan bala atau peringatan..DIA tak pilih2 dah..pukul rata..semua org kena..so takde kata kubur ko kubur ko..kubur aku kubur aku..
betapa besarnya kuasa Allah, walau secanggih mana pun, sekuat negara tu pun boleh binasa kalau Allah mengkehendaki nya... mungkin peringatan bt AS juga bt kite yg lain...
Subhanallah...
AMBIL IKTIBAR ATAS KEJADIAN INI, SAYANGNYA YANG TAK BERDOSA TURUT JADI MANGSA.KANAK-KANAK YANG TAK MENGERTI APA-APA. YA ALLAH JIKA TAKDIR MU INI BAIK UNTUK HAMBA MU KAMI REDHO NAMUN BANTULAH KAMI MELALUI DUGAAN MU DENGAN PENUH KESABARAN, AMIN , AMIN , AMIN YA-RABBAL ALAMIN.SESUNGGUHNYA ESANYA MU KAMI AKUI.
Post a Comment