Suami beza mazhab
Bagaimana pula seandainya dia menjadi imam? Adakah saya patut meninggalkan doa qunut?
Begitu juga, adakah dia perlu menghafal doa qunut?
NUR ATIQAH
Ulama bersepakat mengatakan qunut sunat saja dan mempunyai pandangan berbeza mengenai membacanya dalam solat Subuh.
Bagi mazhab Syafie, ia sunat yang digalakkan dalam solat Subuh, manakala mazhab lain mengatakan ia sunat dalam solat witir dan nazilah. Qunut cumalah sunat sedangkan menjaga kerukunan rumah tangga ialah wajib.
Utamakan yang wajib dan galakkan suami mengamalkan perkara sunat kerana ia kelebihan untuk sempurnakan kelompangan ibadat wajib.
Puasa sah walaupun dalam hadas besar
JIKA saya melakukan hubungan kelamin bersama suami pada malam bulan
Ramadan lalu dan mandi hadas selepas subuh, adakah saya boleh
meneruskan ibadah puasa pada hari itu?
SARA,
Kuala Lumpur
Tidak menjadi syarat bagi orang yang berpuasa supaya suci daripada hadas. Perkara itu juga berlaku pada Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda mandi dan berpuasa pada hari itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bagaimanapun, lebih baik bagi setiap pasangan Muslim sekurang-kurangnya berwuduk sebelum tidur selepas perhubungan seks.
Itu amat baik dalam menjaga kesucian diri dan jiwa. Begitu juga, mandi hadas besar sebelum tidur sekiranya boleh berbuat demikian.
sumber: harian metro
12 comments:
tq sharing info kak...
good sharing
info berkaitan hukum yg berguna...thnks kak..
good sharing good info
ini entry2 yg paling kty suka..bab soal jawab agama nie ..tq.
TQ sharing dik ... ;)
yupp perkongsian ilmu untuk pengetahuan bersama, boleh tambah pengetahuan bab2 agama nieh..
Tq for thisninfo nok!
perkongsian ilmu yang baik :)
wooo... payah le kawin beza mazhab. mcm tak sekufu aje.
Very good info!
thanks atas perkongsian..
Post a Comment