nuffnang advert

Wednesday, October 10, 2012

soal jwb agama: kaedah pembahagian harta pusaka, keliru uzur atau x & nifas hingga 60 hari

Kaedah pembahagian harta pusaka


SAYA ingin tahu bagaimana jika harta pusaka tidak dibahagikan sama rata antara ahli keluarga lain? Ibu saya meninggal dunia dan arwah adalah anak sulung daripada lapan beradik.

Arwah nenek banyak meninggalkan harta seperti tanah, kebun getah, emas dan rumah di kampung tapi tidak pasti sama ada dia pernah membuat wasiat ataupun tidak kerana harta itu dibahagikan oleh adik arwah emak pada tujuh bahagian.


Menurut bapa saudara, keluarga emak hidup senang di bandar dan kami bertanya kenapa tidak seorang pun yang membahagikan harta pada arwah ibu kerana anaknya masih hidup lagi. Harap Datuk boleh memberi penjelasan.

LATIFAH
KL


Jika ibu puan meninggal terlebih dulu sebelum nenek maka dia tidak layak mendapat pembahagian.

Jika nenek meninggal terlebih dulu kemudian baru ibu puan meninggal maka dia ada haknya perlu dituntut oleh puan dan keluarga.

Sebaiknya hal ini dirujuk pada tujuh ahli keluarga untuk mendapat kepastian sama ada nenek pernah membuat wasiat atau arwah ibu puan sendiri melepaskan haknya.



Keliru uzur atau tidak

SETIAP bulan kebelakangan ini, darah keluar setompok dan melekat pada seluar dalam saya. Kemudian keesokan harinya, tiada darah keluar dan pada hari ketiga, saya mengalami uzur (datang bulan) seperti biasa.
Adakah darah yang keluar pada hari pertama itu dikira uzur? Adakah saya perlu solat pada hari itu?


SALMIAH
Sungai Petani



Darah yang keluar, jika ada ciri-ciri darah haid seperti warna dan bau haid pada waktu sewajarnya haid datang, adalah darah haid.

Selama mana tempoh haid itu masih ada, yakni dalam waktu 14 hari, darah yang datang walaupun ada ketikanya terputus-putus, adalah dikira haid.


Nifas hingga 60 hari

TAHUN lalu, saya melahirkan anak sebulan sebelum tiba bulan Ramadan. Saya mula berpuasa pada hari ketiga Ramadan (bersamaan hari ke-34 berpantang) namun tidak berjaya, kemudian mencuba lagi pada Ramadan kelapan dan sembilan (39 dan 40 hari berpantang) dan berjaya.
Namun sebaik berbuka puasa, saya mendapati ada kesan darah nifas sebelum mandi wajib dan keesokannya berpuasa lagi. Hingga hari ke-48 (tamat berpantang), kesan darah masih ada tetapi saya teruskan puasa kerana beranggapan ia darah istihadah selepas rujuk pada Internet.


Artikel yang saya baca menyatakan tempoh nifas adalah 40 hari saja. Kemudian rakan memberitahu, puasa saya tidak sah selagi ada darah dalam tempoh 60 hari. Saya mula runsing dan tidak pasti berapa hari perlu saya ganti.

Soalan saya, sahkah puasa saya pada hari ke-48 dan sebelumnya? Bagaimana pula puasa saya selepas hari ke-48 kerana saya tidak ingat hari yang masih ada darah? Berapa harikah tempoh darah nifas?

AISAH
Datuk Keramat


Tempoh nifas dan tempoh berpantang adalah berbeza. Nifas selalunya hingga 60 hari, bererti apa-apa darah yang keluar dalam tempoh itu ialah nifas dan bukan istihadah.

Jika puan yakin darah sudah berhenti dan mandi serta sepanjang hari terbabit puan adalah suci yakni tiada darah keluar, puasa dilakukan adalah sah. Keesokannya, jika ada darah keluar, hari itu adalah tidak sah berpuasa.




sumber:  harian metro

20 comments:

wakgelas said...

gituu.. uuuhhu

Jahirah said...

baru tahu..tq..:)

cheryna zamrinor said...

okeh. belajar ilmu baru hari nieh!

Rasp said...

ok dah paham skarang....
tenkiu for sharing...

Unknown said...

emmm..dpt ilmu arini..bagus2!

Izwa Kamaruddin said...

nice sharing beb!

kurus said...

hurmmm TQ dik ;)

Anonymous said...

gd one tq share ye

Kakzakie Purvit said...

Panduan hidup yg kadang org tidak tahu - bagus wahida paparkan di sini.

Cik Rose said...

amat berguna ni :)

emarieys said...

ilmu yg berguna lebih2 bab kewanitaan

lieyalatif said...

mase aku bersalin dayyan tu aku pun konpius tang nifas tuh ko....bagus gak ko share2 ilmu agama mcm nie....kadang2 kite lupe kan....

Fiza Rahman said...

Mekasih ustajah. nanti ko cari pasal tuntutan fasakh plak...hahaha...

SURIA AMANDA said...

thanks for sharing nok..

Ena said...

hrmm..
bagusnya yg wahida share ni.. nampak mudah tp mengelirukan bila terkena..
TQ.

NM03 said...

ooo... kalu seseorang meninggal sebelum ibu dia, maka keluarga seseorang tu tdak layak menuntut harta pusaka...


baru teman tau!!!!

.:Yana:. said...

kak..nak mintak izin copy pasal nifas tu yer..

Unknown said...

pembahagian pusaka tu bahaya..boleh bawak membunuh kalau tak diuruskan dengan baik..

Alin Marlini said...

tambah ilmu lagi..thank u

mama aini said...

Thanks..