Kaedah pembahagian harta pusaka
Arwah nenek banyak meninggalkan harta seperti tanah, kebun getah, emas dan rumah di kampung tapi tidak pasti sama ada dia pernah membuat wasiat ataupun tidak kerana harta itu dibahagikan oleh adik arwah emak pada tujuh bahagian.
Menurut bapa saudara, keluarga emak hidup senang di bandar dan kami bertanya kenapa tidak seorang pun yang membahagikan harta pada arwah ibu kerana anaknya masih hidup lagi. Harap Datuk boleh memberi penjelasan.
LATIFAH
Jika ibu puan meninggal terlebih dulu sebelum nenek maka dia tidak layak mendapat pembahagian.
Jika nenek meninggal terlebih dulu kemudian baru ibu puan meninggal maka dia ada haknya perlu dituntut oleh puan dan keluarga.
Sebaiknya hal ini dirujuk pada tujuh ahli keluarga untuk mendapat kepastian sama ada nenek pernah membuat wasiat atau arwah ibu puan sendiri melepaskan haknya.
Keliru uzur atau tidak
SETIAP bulan kebelakangan ini, darah keluar setompok dan melekat
pada seluar dalam saya. Kemudian keesokan harinya, tiada darah keluar
dan pada hari ketiga, saya mengalami uzur (datang bulan) seperti biasa.
SALMIAH
Sungai Petani
Darah yang keluar, jika ada ciri-ciri darah haid seperti warna dan bau haid pada waktu sewajarnya haid datang, adalah darah haid.
Selama mana tempoh haid itu masih ada, yakni dalam waktu 14 hari, darah yang datang walaupun ada ketikanya terputus-putus, adalah dikira haid.
Nifas hingga 60 hari
TAHUN lalu, saya melahirkan anak sebulan sebelum tiba bulan Ramadan.
Saya mula berpuasa pada hari ketiga Ramadan (bersamaan hari ke-34
berpantang) namun tidak berjaya, kemudian mencuba lagi pada Ramadan
kelapan dan sembilan (39 dan 40 hari berpantang) dan berjaya.
Artikel yang saya baca menyatakan tempoh nifas adalah 40 hari saja. Kemudian rakan memberitahu, puasa saya tidak sah selagi ada darah dalam tempoh 60 hari. Saya mula runsing dan tidak pasti berapa hari perlu saya ganti.
Soalan saya, sahkah puasa saya pada hari ke-48 dan sebelumnya? Bagaimana pula puasa saya selepas hari ke-48 kerana saya tidak ingat hari yang masih ada darah? Berapa harikah tempoh darah nifas?
AISAH
Tempoh nifas dan tempoh berpantang adalah berbeza. Nifas selalunya hingga 60 hari, bererti apa-apa darah yang keluar dalam tempoh itu ialah nifas dan bukan istihadah.
Jika puan yakin darah sudah berhenti dan mandi serta sepanjang hari terbabit puan adalah suci yakni tiada darah keluar, puasa dilakukan adalah sah. Keesokannya, jika ada darah keluar, hari itu adalah tidak sah berpuasa.
sumber: harian metro
20 comments:
gituu.. uuuhhu
baru tahu..tq..:)
okeh. belajar ilmu baru hari nieh!
ok dah paham skarang....
tenkiu for sharing...
emmm..dpt ilmu arini..bagus2!
nice sharing beb!
hurmmm TQ dik ;)
gd one tq share ye
Panduan hidup yg kadang org tidak tahu - bagus wahida paparkan di sini.
amat berguna ni :)
ilmu yg berguna lebih2 bab kewanitaan
mase aku bersalin dayyan tu aku pun konpius tang nifas tuh ko....bagus gak ko share2 ilmu agama mcm nie....kadang2 kite lupe kan....
Mekasih ustajah. nanti ko cari pasal tuntutan fasakh plak...hahaha...
thanks for sharing nok..
hrmm..
bagusnya yg wahida share ni.. nampak mudah tp mengelirukan bila terkena..
TQ.
ooo... kalu seseorang meninggal sebelum ibu dia, maka keluarga seseorang tu tdak layak menuntut harta pusaka...
baru teman tau!!!!
kak..nak mintak izin copy pasal nifas tu yer..
pembahagian pusaka tu bahaya..boleh bawak membunuh kalau tak diuruskan dengan baik..
tambah ilmu lagi..thank u
Thanks..
Post a Comment