Haram dua beradik satu perkahwinan
SAYA mempunyai abang ipar yang jatuh cinta kepada saya.
Hal ini terjadi apabila kakak saya tidak melayannya kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sendiri, sekali gus membuatkan dia kecewa.
Masalahnya, saya mula jatuh cinta pada abang ipar dan dalam masa sama tidak sanggup melihat kakak bercerai.
Apa boleh saya lakukan?
FINAZ
Kuantan
Mengumpulkan dua beradik wanita dalam satu perkahwinan adalah haram. Jika begitu keadaannya, abang ipar perlu membuat keputusan memilih antara satu. Jika dia memilih saudari, dia wajib melepaskan kakak saudari terlebih dulu, yakni menceraikannya.
Kemudian, dia boleh mengambil saudari sebagai isteri dan halal berbuat demikian. Usah terus berada dalam dosa, sebaliknya buat keputusan yang menghindari dosa.
Ingin gugur kandungan
SAYA dan isteri saya pembawa talasemia. Jika isteri mengandung dan
kandungan itu disahkan menghidap talasemia, bolehkah ia digugurkan?
BOY
Keningau, Sabah
Menggugurkan kandungan mestilah dengan syarat ia dianjurkan oleh doktor pakar Muslim. Jika ini saranan daripada doktor pakar kerana khuatir ibu akan mudarat, boleh berbuat demikian.
Anak angkat jadi anak susuan
SAYA baru saja mengambil anak angkat lelaki. Adakah batal air
sembahyang antara dia dan isteri saya apabila dia sudah mencapai umur
akil baliqh?
ARIS,
Selangor
MENGAMBIL anak angkat dibenarkan dalam Islam. Secara dasarnya anak angkat dikira orang asing dalam keluarga dan bukan mahram. Segala peraturan dengan bukan mahram berlaku termasuk persoalan aurat dan batal air sembahyang apabila mencapai umur baligh. Padahal anda berdua dipanggil ibu dan ayah.
Islam memberi jalan keluar kepada masalah di atas dengan menjadikan isteri anda sebagai ibu susuan iaitu memberi susu badan kepada anak angkat berkenaan.
Malah, Islam mensyaratkan susuan itu dengan lima kali kenyang bagi melayakkan anak angkat menjadi anak susuan. Sekiranya isteri tidak mempunyai susu badan kerana tidak mengandung, isteri dibenarkan berjumpa doktor pakar Islam yang amanah.
Doktor boleh memberi nasihat dan seterusnya membenarkan isteri memakan ubat yang boleh mengeluarkan hormon supaya menghasilkan susu badan.
Pastinya anda berdua tidak bermasalah lagi dengan anak angkat dari sudut hukum kerana sudah menjadi anak susuan. Majlis Fatwa Kebangsaan juga membenarkan wanita menyusukan anak angkat dalam keadaan ini (lihat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat; http://ustazsyed.blogspot.com/2012/02/hukum-hakam-berkait-anak-angkat.html)
sumber: harian metro
22 comments:
bagus info ni sbb slm ni tertanya2 juga status anak susuan tu.. :)
bgus info ni..
tq info
Segmen ni yg ditunggu-tunggu....
gatal lah kau ni finaz!
thanks for sharing...yg no satu dah lebih kurang ganti tikar ke? tp wife dia masih hidup kan...hurm..mcm2 la..
off topik: aku dah tnya laki aku..die cek tghari td takde surat utk aku...yg ada bil tm je.
anneraini: ok, noted...
Adehhh, macam2 hal, tp betul suami tersebut perlu memilih samada kakak @ adik, takut jadi hal lain pulak.
Good info..
Tq 4 sharing.
terimakasih atas prkongsian..
as salam,
tahnks wahida, semua2 bagus2 persoalan dalam entry ni..tp bab adik n abg ipar tu..aiyoo, macam2 le zaman sekarang ni :)
thanks for sharing. sgt bermanfaat segmen mcm ni. terus kan
ramai yg susukan anak angkt sekarang....
suke segmen ni (>___<)
TQ info dik ..
nak2 yg anak angkat tuu ;)
Yg no 3 tu memang saya nak buat. Masaelahnya ...tak dak sapa nsk bagi baby kat saya .....
terima kasih kerana berkongsi info ini - kenyang durian aku malam ni :)
Sharing is caring..tq nok
thanks kak wahida..gud sharing..;)
tq share gd one
Post a Comment