Beg itu ditemui pada pukul 8.45 malam iaitu ketika Ishak Chik, 54, hendak menutup pintu pagar masjid selepas menunaikan solat Isyak berjemaah.
"Sebaik memandang ke arah tandas, saya dapati satu beg kertas diletakkan di depan pintunya. Saya ingatkan sampah tetapi apabila diangkat ia agak berat.
"Apabila ditinjau, berderau darah saya apabila mendapati ada sesuatu yang dibalut dengan kain putih seperti mayat. Sebaik diselak, saya bertambah terkejut apabila nampak muka bayi yang telah pucat," ceritanya.
Tambahnya, tanpa membuang masa, dia terus memaklumkan kepada imam dan jemaah lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Alor Merah.
Menurut Ishak, bayi lelaki itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
sumber: kosmo
11/10/2012
24 comments:
MasyaAllah, siapa la trgamak lakukan perkara2 dajal sprti tu.....
:(
orang yg x bertanggungjawab....
slmt jalan ke syurga dik.... :)
bagi jelah kat sha nieh!!!
org yg takde mmg cepat sentap baca benda macam nieh:(
ya allah....kejam la manusia nie
kesian baby tu..:(
ini bkn manusia, ini binatang namanya! mase buat tau sedap. ni sampai dah ade anak, sanggup dia buang pulak tu. geram sungguh la!!!
nauzubillah..:(
yang ni ok tak?
Geram aku kalo baca citer gini...dpat kat aku memang aku luku2 kpla mak bapak baby tu.
Manusia yang buat ni memang tak punya hati dan perasaan!!!
sppechless jadinyer KA
NM02: ok!! ok sgt!! i like!
sedihnye..tergamak tu buat cam tu
ni la jadinya kalau jasad je manusuia tp berhati iblis.
singgah follow awak..salam kenal..:)
tak tahu nak ckp apa lah..kang kuar perkataan tak elok..cumanya otak lembu la makbapak arwah baby ni...
omg...kesiannya..sedih la..ingat anak kucing ke main buang2..baper rami xde anak kat malaysia ni..ko bagi jer la kan..dari mati mcm tu jer baby tuh...huh..sentaphatimak
masyaAllah..ape nak jadi la skrg ni.. :(
sedihnyer..:(
aku kalau baca cita mcmnih aku jd sakit hati.. aku jd emo semacam.. aku nih punyalah nak bby, dia leh buang2 jek..
Nape laa ade lg kes cmni.
Kesian kat org yg nak anak tp xde rezki.
Yg dpt, senang2 je buang cmtu je.
alor setar??? buat malu aku je... huhuhu.. tak de keje lain dah ke deme2 ni
ehem..sampai bila kisah2 begini akan berakhir?..hu2x..dunia dah akhir zaman..
Post a Comment