Tidak pernah datang haid
SAYA berumur 18 tahun dengan ketinggian 168 sentimeter dan berat 80 kilogram. Untuk pengetahuan puan, saya tidak pernah mengalami kedatangan haid sejak di sekolah rendah.
Saya pernah mendapatkan pemeriksaan imbasan dari klinik berhampiran tahun lalu dan doktor meletakkan saya pada peringkat keempat amenorea primer.
Saya juga mengalami masalah migrain dan kesakitan di bahagian tulang belakang, tapak kaki dan sengal pada jejari. Kadangkala pada bahagian ari-ari saya juga mengalami kesakitan seperti bengkak dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali.
Saya dinasihatkan doktor untuk berjumpa pakar selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu. Saya sangat perlukan pandangan doktor.
Apakah rawatan yang perlu saya lakukan? Adakah saya mengalami masalah lain dan mampukah saya mempunyai zuriat pada masa akan datang? Adakah saya harus terus membuat pemeriksaan di hospital?
NUR ANGIN PILU,
Kuala Lumpur.
SAYA tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan peringkat keempat. Anda dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan pakar sakit puan tanpa menunggu lebih lama. Bengkak atau sakit ari-ari yang dialami mungkin ada kaitan dengan salah satu punca amenorea primer. Ini mudah dirawat, namun boleh mendatangkan masalah dalaman jika dibiarkan lebih lama.
Pemeriksaan fizikal mudah ke atas ciri-ciri seksual sekunder dapat membantu doktor menjurus kemungkinan masalah ketiadaan haid anda. Ujian ultrabunyi pelvis bagi mengesan kehadiran rahim (dan ciri ovari), ujian ultrabunyi kawasan abdomen atau kelenjar adrenal, ujian darah hormon misalnya profil tiroid dan ujian kromosom akan dilakukan mengikut keperluan.
Ibu hamil suntik insulin
SAYA berusia 32 tahun dan kini hamil lima minggu. Pada masa sama, saya penghidap diabetes yang perlu mengambil suntikan insulin dan ubat setiap hari.
Setakat ini saya masih belum ke klinik kesihatan untuk pendaftaran pemeriksaan kehamilan.
Bilakah masa yang sesuai atau saya perlu segera untuk mendaftar? Saya juga ingin tahu kesan ubat yang saya ambil terhadap kandungan.
INA,
Cheras.
ANDA perlu segera mendaftar untuk pemeriksaan. Keperluan dos insulin anda mungkin berubah sewaktu hamil.
Perubahan paras gula di dalam darah anda (terutama penurunan) yang mendadak boleh memberikan kesan negatif terhadap janin. Kita sedia maklum bahawa pembentukan organ janin berlaku dalam trimester pertama, paras gula yang tidak dikawal elok (tinggi) boleh memberi kesan kepada pembentukan organ ini contohnya jantung dan seumpamanya.
Doktor di klinik kesihatan berkenaan akan merujuk anda ke hospital berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan doktor pakar perbidanan dan doktor pakar perubatan endokrinologi.
sumber: harian metro
5 comments:
trima kasih berkongsi info,..eh ko tak g umah terbuka sapa2 ke?
Good info.. Tq share..
tq sharing dear .. ;)
kesian kan.. tak ada haid.. ALLAH gives her shifa' INSYALLAH..
nok..kalau ko nak tahu akulah yang num 1 tuh..tapi period aku datang start 19tahun..up satu tahun.memula aku ingat akunie lelaki.hahaha ganguan hormon..akupun conpius masa2..masatuh breast pun tak dok.siblah akhirnya mari gak peot!
Post a Comment