nuffnang advert

Saturday, September 1, 2012

Harry ditawar RM31j bintangi filem dewasa

Deretan akhbar yang menyiarkan berita skandal Putera Harry dijual di sebuah gerai di London minggu lalu.


London: Penerbit filem dewasa syarikat Vivid Entertainment, Steve Hirsch menawarkan bayaran AS$10 juta (RM31.2 juta) kepada Putera Harry jika beliau bersetuju berlakon dalam sebuah filem dewasa, sejurus pendedahan skandal beliau berbogel bersama rakannya di sebuah hotal di Las Vegas baru-baru ini.


Laman web hiburan online TMZ.com yang memetik berita daripada akhbar New York Daily News, melaporkan, Hirsch sudah menghantar surat tawaran itu kepada Putera Harry dan kini hanya menunggu jawaban beliau. Filem yang ditawarkan itu diberi judul The Trouble with Harry.

“Kami ingin menawarkan anda peluang untuk menjadi seorang ‘putera paling hebat’ sepanjang zaman dengan berlakon di dalam sebuah filem dewasa bajet besar yang menyeronokkan.


Penampilan istimewa


“Sudah tentu ‘Little Harry’ (merujuk kepada anggota sulit Putera Harry) juga akan ditampilkan, tetapi saya memberi jaminan skrip filem ini ditulis dengan baik dan ‘Little Harry’ akan dipersembahkan dengan cara paling hebat (bermaksud Harry perlu mendedahkan seluruh tubuh termasuk anggota sulitnya tanpa segan silu),” kata Hirsch yang dipetik akhbar itu.

Harry bukan satu-satu anggota keluarga atau kerabat diraja yang pernah menerima tawaran Vivid Entertainment untuk berlakon filem dewasa.

Pada 2011, Hirsch menawarkan bayaran AS$5 juta (RM15.6 juta) kepada adik Duchess of Cambridge, Kate Middleton, Pippa untuk berlakon dalam filem dewasa keluaran syarikatnya.

Malah jika adik lelaki Pippa, James, juga sanggup ikut berlakon beliau menawarkan bayaran AS$1 juta (RM3.12 juta) kepadanya.

Hirsch bersama dua lagi ahli lembaga pengarah di dalam syarikatnya dikatakan berjaya mewujudkan satu perspektif baru dalam penerbitan filem dengan bentuk persembahan yang berbeza.

Bagaimanapun, sehingga kini, Harry yang sedang berhadapan dengan kritikan daripada pelbagai pihak di negaranya, tidak memberi sebarang jawaban. - Agensi



sumber: berita harian
30/08/2012

13 comments:

akubiomed said...

Penawaran tersebut adalah satu penghinaan bagi institusi diraja England. Ini lah akibat yang perlu dipertanggung jawab oleh putera Harry atas kelakuan beliau.

mama aini said...

salam pagi.. :)
ehem inilah akibat dr perbuatan berani & terlampau yg dilakukannya..biarpun tawarannya sgt lumayan..tapi ia tak dpt mengembalikan maruah keluarga diraja tersebut..

ieda said...

alahhhh org putihhh .. x heran kan
siap masuk paper .. soo
uhuhuu

Angah said...

alahai omputih...

Amie said...

tak cukup glamour ke jadi anak raja ye...

miss Fyqa said...

macam2.

miss Fyqa said...

macam2.

whitecappuccino said...

Rendahnys darjat dsn maruah....

whitecappuccino said...

Rendahnys darjat dsn maruah....

fara said...

Apo nk jadik la nih. Haih~

Cikgu Ma said...

tp harry kan memang selalu ada kontroversi...

mamasuri said...

hary ni ikut perangai apak dia sebiji...

khairul said...

mat saleh...biasa la depa tu..muka x tau malu