nuffnang advert

Wednesday, September 5, 2012

soal jwb agama: was2 status gaji, isteri nusyuz x layak dpt nafkah & batal wuduk bersentuhan suami isteri

Was-was status gaji


SAYA bekerja di syarikat telekomunikasi tempatan. Saya terfikir berkenaan prosedur syarikat jika pelanggan tidak membayar bil, pemotongan dijalankan, tetapi bil bulanan masih perlu dijelaskan seperti biasa.

Apakah hukum duit yang diambil daripada pengguna walaupun disekat menggunakan perkhidmatan. Bagaimana pula dengan faedah, caj tambahan atau denda yang dikenakan ke atas pembayaran lewat itu?


Saya bimbang dengan status gaji yang diperoleh daripada majikan sama ada halal atau haram.


MUSYKIL,
Selangor



STATUS gaji yang diperoleh tetap halal kerana kita dibayar upah menurut terma pekerjaan yang dilakukan, contohnya kerani.

Bagaimanapun, prosedur syarikat telekomunikasi tempat bekerja dikira tidak betul apabila cara yang dibuat sememangnya untuk mengambil wang pelanggan tanpa hak.

Ia perlu dikaji supaya tidak berlaku kezaliman dan penganiayaan. Pihak syarikat dan kerajaan perlu melihat permasalahan itu serta diperbetulkan sedapat mungkin.

Islam sebenarnya berusaha supaya tidak berlaku perbuatan mengambil harta orang tanpa hak seperti yang anda nyatakan. Ia jelas dalam mesej Nabi Syuaib dalam al-Quran. Allah berfirman dengan maksud:

“Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Syuaib. Ia berkata: Wahai kaumku, sembahlah Allah, tiada Tuhan bagi kamu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu.

Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia sesuatu yang menjadi haknya dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menjadikannya dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang yang beriman.” (Surah al-A’raf (7): 85)


Isteri nusyuz tak layak dapat nafkah

SAYA sudah bercerai dan tempoh ‘iddah baru saja selesai. Saya mempunyai dua anak. Bekas isteri dan keluarganya minta nafkah untuk isteri. Saya tidak memberi nafkah kepada bekas isteri kerana beranggapan isteri nusyuz ketika berlaku perceraian.
Saya hanya memberi nafkah kepada anak. Seminggu sebelum lafaz talak, bekas isteri tidak mendengar cakap saya dan keluar rumah tanpa izin.


Dia menjerit-jerit meminta cerai dan saya hanya berdiam menyuruhnya mengucap dan ingatkan Allah. Saat lafaz talak, kami bertikam lidah kerana saya tidak membenarkannya keluar kerja sambilan disebabkan anak selalu sakit sejak dia kerja dalam masa tiga bulan itu.

Sebelum ini kami sering bertengkar kerana berselisih faham dalam perkara remeh dan ditambah pula apabila ada campur tangan keluarga bekas isteri.

Adakah betul tindakan saya tidak memberi nafkah kepada isteri?


EWAN,
Sabah



ISTERI berhak mendapat nafkah apabila hidup bersama suami dan ketika tempoh iddah sekiranya berlaku perceraian. Bagaimanapun, apabila isteri itu menjadi nusyuz, dia tidak lagi berhak mendapat nafkah wajib.

Perbuatan nusyuz adalah enggan dengan secara tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami. Ini termasuk menjauhi diri daripada suami, meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suami dan enggan berpindah bersama suami ke rumah atau tempat lain (Akta Undang-Undang Keluarga Islam WP 1984).

Semua itu tidak melayakkan isteri mendapat nafkah kerana ingkar dalam mentaati suami. Tindakan saudara untuk tidak memberi nafkah dikira betul mengikut hukum syarak disebabkan tindakan isteri yang menjadi nusyuz.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada pengesahan Mahkamah Syariah.



Batal wuduk bersentuhan suami isteri

SAYA keliru dengan sesetengah pendapat bahawa wuduk akan terbatal apabila wujudnya sentuhan di antara suami isteri, adakah ia benar?
MYRA
Petaling Jaya



Ada beberapa pandangan berbeza mengenai hukum batal atau tidak wuduk jika suami isteri bersentuhan. Perbezaan pandangan ini berdasarkan tafsiran perkataan Arab ‘sentuh-lamastum’ bermakna sentuhan kulit atau sentuhan bernafsu. Mengikut pendapat mazhab Syafie, hukum wuduk suami isteri adalah terbatal.

Pendapat menyatakan wuduk suami isteri tidak terbatal adalah mengikut pendapat mazhab lain. Dalam hal ini, orang awam dinasihatkan mengikut pendapat yang difahami berasaskan dalil dan hujah, bukan sekadar ikutan.

Untuk mengikuti mazhab lain, sila rujuk buku dan kitab fekah menjelaskan keempat- empat mazhab Ahli Sunnah.



 sumber: harian metro

19 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nice entry..

eima said...

tang bab batal wuduk tu mmg penag jd isu jugak antara kawan opis aku ni .. tp sebaiknye rujuk pd yg pandai la ...
ikut mazhab kena ade dalil & hujah ...

fiza said...

Nice info.

miss Fyqa said...

tq for info akak :)

ros_reeza said...

tq 4 sharing.. memang ada sedikit perbezaan kefahaman orang ramai mengenai soalan nombor 3 tu...

Sue-Rya Qistina said...

betul tu..mmg agak confuse ttg persoalan no 3 tu.
thanks for sharing kak. nice!

duniafana said...

trima kasih...

m.u.l.a.n said...

thaaannnnkkk you for sharing..

atty's said...

gud info..terimakasih

Rahmah Ram Ram said...

nice entry...tq for sharing wahida...

Kazman / Sue said...

syarikat telekomunikasi???.... ha'ah la kan... dah kena potong still kena bayar yee... betul3x...

Munnafendy said...

dlu sy confuse gak pasal status gaji...tp skrg tak confuse dh..tq!

sisdee said...

bab bersentuhan suami isteri waktu wuduk mmg pnah jadi ptengkaran saya ngan sorang rakan...

yg pasti kita ikut mazhab kita kan :)

eda_ej said...

pasal bab wuduk tu memang banyak org betekak.. tq sbb bg info..

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share akk...skank byk sngat pndapat...jd keliru plak....

en_me said...

timekaseh..

Ina Haireina said...

good info.. tq for sharing.. :)

[sutera kasih] said...

aaahh la..yg permasalahan pertama tu, sy pun penah kena..mentang2 xdpt nk byr bil bbrapa bulan, terpaksa langsaikan jgk beberapa ratus pdhl x guna pun perkhidmatan dorg, adil ke tu? terma & syarat dorg tu kena kaji lg..

mama aini said...

TQ atas perkongsian..