nuffnang advert

Saturday, September 8, 2012

Daniel tidak lagi takut untuk makan, minum


SEBELUM ini, Daniel terpaksa diberi makan melalui tiub yang disambung ke perutnya.  
SEBELUM ini, Daniel terpaksa diberi makan melalui tiub yang disambung ke perutnya.
LONDON: Seorang budak yang tidak pernah makan sepanjang hidupnya, mencipta keajaiban apabila mengambil makanan untuk kali pertama baru-baru ini, lapor media semalam.

Daniel Harrison, 5, mengalami alahan serius ketika menyusu semasa masih bayi, menyebabkan dia takut kepada makanan atau minuman.

Untuk meneruskan hidup, Daniel terpaksa diberi makan melalui tiub ke perutnya. Namun, hasil rawatan pakar di Austria, Daniel kini boleh menikmati makanan seperti orang lain. Bapanya, Kevin Harrison, 43, berkata tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaannya melihat Daniel mengambil makanan seperti budak normal.

“Ia seperti memenangi Piala Perdana, Piala Eropah dan Piala Dunia sekali gus,” katanya. Menurut Kevin, sesetengah makanan utama perlu dilenyekkan terlebih dulu kerana Daniel masih sukar mengunyah akibat otot di mulutnya tidak berkembang dengan baik.

“Daniel boleh makan apa yang kami makan, dan dia sukakan coklat serta biskut,” katanya. Menurut Kevin, dia amat bangga dengan perubahan berlaku pada Daniel.

“Saya berasa seperti akhirnya berjaya melakukan tanggungjawab sebagai bapa,” katanya. Sebelum ini, Kevin dan isterinya, Catherine, membawa Daniel ke Hospital Universiti di Graz, Austria, untuk membolehkan pakar di situ memberi rawatan sewajarnya.

Kaedah disediakan di hospital itu tidak diamalkan di Britain. Melalui kaedah itu, Daniel berjaya disedarkan bahawa dia memang perlu dan mahukan makanan.

Pakar perubatan menggunakan pelbagai kaedah khusus bagi memujuk Daniel supaya lebih terdedah kepada makan dan mengurangkan ketakutan memasukkan makanan ke mulut. Kaedah itu turut dipraktikkan ke atas 12 pesakit dari seluruh dunia dan semuanya berjaya. - DM



sumber: harian metro
07/09/2012

15 comments:

syiela said...

lega rasanya bbila fobia dia hilang dan dapat makan seperti sediakala

Kakzakie Purvit said...

Legalah mak-ayah dia kan. Kalau tak sampai bila nak buat pakai salur, nikmat rasa sedp pun tak ada kalau tak ikut mulut kan..

kasihibu said...

macam macam jenis fobia ni rupanya ye

kurus said...

fuh macam2 skrg nie
mana yg pelik2 dah kuar kan

Jahirah said...

kalau sampai ke besar dia fobia,mmg susah la.

HeNRieTTa JoSe said...

Kesiannye..nasib baik cpat plih...klu x, ssah la nk hdup normal....

izz iizza said...

siannya 5thn hilang nikmat makan..

Unknown said...

lega dh settel

Shasha Mohamed said...

Yang Daniel suka coklat dan biskut plak tu.
Kena hati2 sikit ni, nanti dah besar takut jadi gemuk dan gigi tu kalau makan manis2 selalu nanti cepat rosak... ;)

Shasha Mohamed said...

Yang Daniel suka coklat dan biskut plak tu.
Kena hati2 sikit ni, nanti dah besar takut jadi gemuk dan gigi tu kalau makan manis2 selalu nanti cepat rosak... ;)

Cikgu Ma said...

moga dia sehat dengan normal..saya ni plak asyik makan jerrr..

emarieys said...

ada juga yg alami fobia nak masukkan makanan dalam mulut yer...

Dilla Ady said...

bile dapat makan, asekkkk nak makan jek pulakkk...(ai la tu orangnye..) hihihi..

amirah said...

trauma sungguh sampai tanak makan..bahaya betui alahan

Sheila said...

Legalah mak-ayah dia kan. Kalau tak sampai bila nak buat pakai salur, nikmat rasa sedp pun tak ada kalau tak ikut mulut kan..