nuffnang advert

Thursday, September 6, 2012

Budak maut rumah dirempuh


KEADAAN kereta yang merempuh sebuah rumah kedai di Kampung Dalam Rhu, Tumpat kelmarin.


TUMPAT – Gara-gara seorang pemandu terlelap ketika memandu kereta, seorang budak berusia dua tahun terkorban manakala si ibu pula cedera apabila sebuah kereta Mercedes merempuh rumah kedai di Kampung Dalam Rhu di sini kelmarin.


Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, kereta yang dipandu seorang lelaki itu merempuh dinding konkrit rumah kedai setingkat tersebut sebelum kenderaan itu masuk pula ke ruang tamu tempat kanak-kanak itu bermain.

Akibat rempuhan itu, rumah kedai tersebut hampir ranap.

Mangsa yang terkorban ialah Adam Firdaus Syukri. Semasa ditemui mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut.

Adam kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat mengalami kecederaan dalaman yang teruk di kepala.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.

Dia yang trauma dengan tragedi itu masih dirawat di HT. Semasa kejadian suami Nik Salwani tiada di rumah.


sumber: kosmo
05/09/2012

26 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

ya allah kesian nyer..

Nens Collection said...

nauzubillah, kesiannyer..
mmg trauma la kan..
tolongla hati2 masa memandu
kereta boleh dicari,nyawa xde galang ganti..

p/s: kak wahida dh tuka ke pop up balik dh..hehe..

Amirah Adnan said...

lama x jenguk blog akak.. meletup aumm :)

arwah ni anak sedara kaunselor sekolah mira dulu.. kesian kan.. dah ajal.. al-fatihah

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

Ngeri plak, Nauzubillah...

ieda said...

aduhhh sedihnyaaa
baru 2 tahun ... x pandai apa2
harap keluarga mangsa bersabar

cheqna said...

nauzubillah...

makchaq said...

Allah hu Akhbar... kesiannya..

Kalau dah ajal.. main dalam rumah pun boleh kena langgar kereta..

Semoga keluarganya tabah menghadipi dugaan ni...

norhidana said...

seramnyer... mintak2 dijauhkan time bwk kete sampai terllp

ratu siput said...

aduh siannya kan...camnelah perasaan mak bpk dia tu.takble bygkan...

fiza said...

Sedih sgt. Dlm umah pon tak selamat dah.

Al-fatihah.

Gentleman Frog said...

salam,

Innalillah takziah pada keluarga magsa,

Teringat satu pepatah baru saya cipta tadi,

kalau takut dirempuh kenderaan, jangan berumah ditepi jalan.

time travel in the Quran?

Eye_nee said...

Tu lah kan sis...Ajal tak kira umur..tempat..waktu..Al-Fatihah buat ADAM FIRDAUS SYUKRI...

Anum said...

salam takziah buat family
seram..

nuyui a.k.a miss YUI said...

al-Fatihah utk arwah...bnda tnpa disgka kan..

akubiomed said...

Kelalaian punca nyawa orang lain melayang.

MamaEma said...

ada terdengar dalam radio pagi tadi..AL-Fatihah...

HeNRieTTa JoSe said...

Mcm mcm yg tak pernah kita jgka bleh tjdi...dh tjdi skrg nie...trauma jew rietta klu jd ibu bdk tu....

Dilla Ady said...

mak aihhh..teringat2 anak kt umah pengasuh..ntah2 budak tu tgh relaks2 isap susu sambil tgk kartun kt tv last2 kena langgar kete...dalam umah!

eee...mintak dijauhkan!

mama aini said...

Al-Fatihah..kesiannya kanak2 tersebut..bahaya memandu dlm keadaan mengantuk.. :(

Angah said...

kesian adiktu,...ssmoga ibu da ayahnya tabah...

Jering Daily said...

Salam..

Nice Blog..Kami follow di sini..
Harap tuan tanah dpt melakukan perkara yg sama di blog kami..

Rasp said...

dengar news kat radio pagi tadi...
kesian tul....

al fatihah...

♥ Wina ♥ said...

semalam baca kat paper...sebak sgt!

munna said...

Al-Fatihah.....

izz iizza said...

Al-fatihah..x sangka leh sampai camni..

Michael Rodriguez said...

dengar news kat radio pagi tadi... kesian tul.... al fatihah...