nuffnang advert

Sunday, August 5, 2012

soal jwb sakit puan: Haid terganggu kerana jamu & kafein memudaratkan janin dalam kandungan

Haid terganggu kerana jamu


SAYA mengalami keguguran pada 1 Jun 2012 berpunca daripada amalan memakan jamu. Saya tidak sedar yang saya hamil ketika itu.

Pada 20 Julai 2012, saya didatangi haid tetapi saya rasa haid itu tidak normal kerana hanya keluar sedikit darah saja. Selang dua hari kemudian, darah haid keluar dengan banyaknya seperti pengaliran haid biasa tetapi pada keesokan harinya, ia berulang sebagai tompok darah.

Saya tidak membuat pemeriksaan doktor memandangkan ini pertama kali berlaku dan saya memikirkan ia sesuatu yang normal.

Apakah yang sebenarnya berlaku kepada saya?


PUAN SITI,
Subang Jaya, Selangor


Tidak mustahil sesuatu produk seperti jamu juga mempunyai kandungan hormon yang boleh mengganggu kitaran haid wanita. Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor, lebih-lebih lagi jika haid anda mula lewat.




Kafein boleh mudaratkan janin dalam kandungan


SAYA mempunyai seorang anak berusia tiga tahun dan ingin hamil lagi. Tapi saya agak sukar hamil. Adakah ini berpunca daripada tabiat saya iaitu menggemari minuman berkafein seperti kopi menyebabkan saya sukar hamil?

Adakah senaman bangun duduk (sit-up) dan berjalan antara sebab sukar hamil?

Saya suka bersenam, cuma saya hadkan senaman saya dengan hanya berjalan dan senaman bangun duduk di awal pagi dan petang.


SYEINA,
Klang, Selangor


Pengambilan minuman berkafein eloklah dihadkan kepada satu atau dua cawan saja setiap hari, sama seperti pemakanan lain, eloklah diambil dalam kuantiti sederhana saja.

Kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 200 mg setiap hari (anggaran cawan air kopi) ada kaitan dengan masalah pembesaran janin sewaktu hamil, maka wanita dinasihati mengehadkan pengambilan kafein sewaktu hamil dan seelok-eloknya dari sebelum hamil lagi.

Selain kopi, teh, coklat, minuman berkarbonat juga mempunyai kandungan kafein.

Senaman pula adalah amalan sihat, ia sepatutnya mengekalkan tahap kesihatan dan kesuburan seseorang, lebih-lebih lagi apabila ia sudah diamalkan sejak lama.



  sumber: harian metro

6 comments:

Azian Elias said...

mengerikan bila dengar org miscarriage ni. esp bab kena cuci kan...

heyy u dah tgk bab N3 akak trip ke kashmir tu.. Any comment?

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share....

wahida said...

azian elias: ok kak, jap lagi kang saya terjah...

Ibu Muda 30series said...

yg 1st tu... tu lah penyebab sy miscarriage :(

Anonymous said...

apapun salam nuzul quran ye

mummyrinazone beauty said...

memang kalu mengandung tak digalakkan amik kafein