nuffnang advert

Saturday, August 4, 2012

Ramai pilih berpuasa di Dubai

Pekerja asing beragama Islam  berbuka dekat masjid di Dubai. - Foto AFP
Pekerja asing beragama Islam berbuka dekat masjid di Dubai. - Foto AFP

Ekspatriat Barat hayati Ramadan


Dubai: Tempoh berpuasa yang agak panjang dan kurangnya semangat kemasyarakatan menjadi antara sebab ekspatriat Muslim negara Barat memilih menghayati Ramadan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Di Kanada, tempoh berpuasa bermula kira-kira jam 3.20 pagi dan berakhir 9 malam. Ini menyebabkan saya hampir tiada masa untuk tidur atau makan, sebelum berpuasa semula,” kata seorang warga Kanada, Yvonne Whiste-Ahmad, yang bersama suaminya di Dubai untuk menyambut Ramadan kali ini.

“Di Vancouver, saya tidak tahu apa perlu saya lakukan,” kata wanita berusia 26 tahun yang baru memeluk Islam.


Berpuasa lebih mudah

“Semua rakan saya akan keluar makan waktu tengahari dan saya berpuasa. Sekurang-kurangnya di sini ia lebih mudah bagi saya untuk berpuasa.” Seorang warga Britain, Nadia Tareq turut bersetuju dengan pandangan itu.

“Di England, berpuasa bukan sesuatu yang mudah. Saya setuju keadaan terlalu panas di Dubai tetapi di England cuaca juga sukar diramalkan dan boleh bertukar panas kepada sejuk atau hujan dalam masa beberapa minit menyebabkan keadaan tidak selesa.

“Selain itu, matahari juga lambat terbenam di sana dan berpuasa selama 17 atau 18 jam adalah sukar,” katanya.

Seperti kebanyakan masyarakat Islam yang berpuasa Ramadan di Eropah, Amerika dan Kanada, waktu yang panjang menyebabkan ramai keliru sama ada mereka perlu mengikut peraturan matahari terbit dan terbenam atau bagi negara jauh ke utara seperti Finland, Sweden dan Alaska di mana musim panas hampir sepanjang hari atau mereka perlu mengikut negara Islam paling hampir.


Matahari tidak terbenam

Laporan media bulan lalu memfokuskan mereka yang berpuasa di Finland. Berdasarkan perkiraan, dalam tempoh dua atau empat tahun lagi, Ramadan akan jatuh ketika musim panas solstis pada lewat Jun apabila matahari tidak terbenam langsung.

Ekspatriat Belgium, Sarah Sillis memilih untuk mengakhiri cuti musim panas mereka awal supaya boleh terbang ke Dubai ketika Ramadan.

Dia percaya masuk akal bagi mereka yang tinggal di Alaska dan Finland untuk mengikut waktu berpuasa negara Islam paling hampir seperti Turki atau Maghribi.

Puasa yang panjang, kesukaran mendapat makanan halal dan kurang semangat masyarakat menjadi punca mereka memilih untuk berpuasa di Dubai. - Agensi


    sumber: berita harian 03/08/2012

6 comments:

khairul said...

Dubai..tpt shopping tu .

http://gilamodified.blogspot.com/2012/08/meluat-sunggoh-ngan-couple-ni.html

HeNRieTTa JoSe said...

Meriahnye....ooo sebab tu lew dorg suka pilih dubai....

Azian Elias said...

Subhanallahhh... macam tu ekk..ALLAH give rewards to them lah kann... Now mana2 negara yg mengalami summer facing this kinda situation.. Kashmir pun sama tau.. imsyal habis at 4 plus. hee..kashmir gak tuuu..

NEKCIK said...

daripada berpuasa di dubai..baiklah berpuasa di mekah atau madinah..dapat dunia tambah akhirat..
insyaallah..pendapat saya lahkan!!

makchaq said...

Selalu Dubai tempat beli belah.. ok la kot puasa kat sana pastu shopping raya..

Cik Nor said...

kalau dubai tu sebelah rumah je harus haku pegi, muahahaha..