Tiga cara bayar kifarat
SEBELUM berkahwin dengan isteri, saya pernah berzina dengannya beberapa kali pada waktu siang bulan Ramadan.
Kini kami sudah bertaubat. Bagaimanakah kiraan kifarat ke atas saya jika saya tidak mampu berpuasa untuk tempoh yang lama itu?
HAMBA ALLAH,
Kuala Lumpur
PERSETUBUHAN pada siang hari pada bulan Ramadan termasuk dalam perkara merosak dan membatalkan puasa. Puasa yang terbatal wajib diganti dan dibayar kaffarah.
Kaffarah puasa ada tiga peringkat iaitu (1) memerdekakan hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu, (2) hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya mampu, (3) hendaklah memberi makan kepada 60 fakir atau memberi mereka 60 cupak makanan asasi yang boleh dijadikan fitrah seperti beras atau gandum.
Sekiranya ketiga-tiga itu tidak mampu dilaksanakan, kaffarah masih perlu ditunaikan apabila dia berkuasa melakukannya tanpa pengecualian.
Dalam keadaan tertentu, hanya diwajibkan ganti tanpa kifarat apabila: (1) Orang yang bersetubuh memasukkan kemaluan dalam faraj belum sampai had yang ditentukan, (2) Yang disetubuhi (perempuan), (3) Bersetubuh dalam keadaan lupa dan (4) Berkeadaan jahil ketika itu mengenai terbatalnya puasa dengan kelakuan itu.
Berpuasa ketika sakit
SAYA menghidap gastrik yang serius. Saya tidak dapat menggantikan puasa disebabkan penyakit yang dihidapi itu. Bolehkah saya ganti dengan membayar fidyah saja?
ALIN,
Johor
BERPUASA Ramadan mempunyai pelbagai hikmah termasuk dari sudut kesihatan.
Tujuan utama puasa adalah untuk mencapai ketakwaan kepada Allah.
Kita hendaklah melaksanakan kewajipan berpuasa itu dengan sedaya upaya. Namun Islam mengharuskan berbuka puasa bagi mereka yang sakit dan dalam musafir.
Tetapi mereka diwajib menggantikan puasa yang tertinggal itu. Dalam Surah al-Baqarah, ayat 184: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui.”
Sekiranya tidak dapat menggantikannya kerana tidak berupaya langsung seperti sakit kuat dan sangat tua, wajib memberi fidyah makanan kepada seorang miskin setiap hari.
Puasa tidak perlu diganti manakala bagi penyakit gastrik, pesakit masih boleh berpuasa sekiranya penyakit itu tidak menyebabkan perubahan tabiat kepada kerosakan.
Menurut pembacaan umum saya, mereka yang ada penyakit gastrik masih lagi boleh berpuasa tanpa masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan yang betul seperti dianjurkan Islam dan pakar pemakanan.
Di antaranya melambatkan bersahur, segera berbuka puasa dan makan secara sederhana iaitu sedikit demi sedikit (lihat http:// annehashim.com/gastrikboleh-puasa/).
Bagaimanapun, apabila puasa membawa mudarat kepada diri bolehlah berbuka.
Sekiranya tidak dapat menggantikannya, bolehlah membayar fidyah seperti di atas.
Sebaiknya, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan sebelum mengambil tindakan untuk tidak melaksanakan fardu puasa Ramadan.
Itulah keindahan Islam yang sentiasa meraikan maslahat seseorang Muslim.
Sah solat pada waktunya
SEBAGAI ibu yang bekerja membuatkan saya sangat letih selain terpaksa menguruskan kerja rumah serta melayani kerenah empat anak.
Kesibukan dan kepenatan itu menyebabkan saya sering bangun dan mengerjakan solat Isyak pada jam 5 pagi keesokannya dan kadang-kadang terlewat sehingga jam 5.30 pagi.
Adakah solat yang saya laksanakan itu sah di sisi Islam?
RUHANI,
Selangor
ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud: “... sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (al-Quran, al-Nisa’ (4): 103).
Bagi waktu solat Isyak ia bermula dengan hilangnya cahaya merah di ufuk barat hingga naik fajar sadik sebelah timur pada waktu pagi.
Maka solat Isyak sangat panjang dari selepas waktu Maghrib hingga masuk waktu Subuh. Menunaikan solat Isyak dalam waktu itu adalah sah seperti yang anda lakukan.
sumber: harian metro
10 comments:
info yg baik.. thanks.. :)
bagus tuk diketahui..;) tq sis!
good sharing
terima kasih share info :)
Thanks Wahida.
thankx share!
thanks for sharing kak. nice! :D
thks for shaing..sgt2 berguna..:-)
GOOD INFO FOR US
THX Kak Ida!
info agama sempena puasa...curlast :D
Post a Comment