Pelekat dikenali sebagai Viaskin Peanut tersebut dicipta dengan sejumlah kecil protein kacang di dalamnya dan boleh membantu beribu-ribu orang yang mengalami alahan yang boleh meragut nyawa tersebut.
Jurucakap syarikat pembangunan pelekat itu, DBV Technologies berkata, ia yang boleh dipakai di tangan atau belakang badan, akan menyaksikan protein tersebut diserap secara beransur-ansur melalui kulit.
Beliau berkata, pelekat itu mempunyai ruang kondensasi yang akan menempatkan dan membenarkan penyebaran protein tersebut.
"Kerana jumlahnya yang kecil, protein tersebut tidak akan menyebabkan reaksi teruk.
"Akhirnya, imuniti badan akan biasa dengan kehadiran protein. Ini menyebabkan seseorang itu tidak lagi mempunyai alahan terhadap kacang,'' kata jurucakap itu.
Beliau berkata, pelekat sebesar syiling 10 pence tersebut baru memasuki tempoh ujian percubaan antarabangsa selama setahun melibatkan 200 pesakit yang mempunyai alahan terhadap kacang.
Ujian tersebut akan menyaksikan sukarelawan menukar pelekat tersebut setiap hari. - AGENSI
sumber: utusan malaysia
10/08/2012
12 comments:
alahan seafood takde ke ye..hihi
satu lagi inovasi dlm perubatan
Adik lelaki saya tidak boleh mengambil kacang kerana ada alahan kepada kulitnya.
wow berita baik ni.anak buah sy 3 orang alah kacang!
nk pakai pelekat tu kt mana??
Yang alah makanan tak ande ke...
hurmm macam2 negara barat nie
Wah! bagus ni. Alahan kepada kacang sangat teruk dan kritikal. Kalau termakan, hmmm.... kena kejarkan ke hospital asap kalau tidak mungkin boleh membawa maut...
menarik..
sampai mcm tu sekali dia selidik (:
Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.
mana nak dapat ek pelekat tu?
ade ek cmni...alah seafood ade tak kak? :p
menarik sngguh ni!
Post a Comment