nuffnang advert

Friday, August 10, 2012

cerita anak kembar...

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka di ruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas di riak muka masing-masing.

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan dan berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri tuan selamat melahirkan anak kembar dua."
"Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki tersebut dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri tuan selamat melahrkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga? Alhamdulillah. Saya bekerja dengan 3D Corporation," kata lelaki kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat,"
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga. Anugerah ini bertepatan dengan tempat saya bekerja, di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga sungguh gembira.

Lelaki keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka pun bertanya, "Apakah yang merunsingkan kamu?"

Dengan perasaan gelisah, lelaki itu pun menjawab, "Saya bekerja di Seven Eleven."



sumber: cari.com

25 comments:

Sue-Rya Qistina said...

hahaha..mmg resah gelisah la jawabnye 7eleven tu. rasa dh pernah baca kat majalah mastika dulu. hehehe.

SURIA AMANDA said...

hahahaha...konon2 dia dapat anak kembar 7 la eh..

Anum said...

hahahha, resah jadinya

Munnafendy said...

kembar eleven??? wallahhhhh

Aishah Jahirah said...

hahaa kembar 7 le tuh dirisaukan...

nur anis said...

seven eleven. 7 + 11 = 18..huhu...mau tak gelisah..

fiza said...

hahahaha...dah pernah baca sbelum nih.

Kakzakie said...

Hihi... kot dapat seven ok lagi wahida dibuatnya eleven? Kalau dekat cina kena ambil satu je..

♥ dak pink said...

Hahaha.
Confirm anak orang last tu 11+7 ;p

mamyharraz said...

hehe lawak!

MamaEma said...

kalau betul..pengsan lelaki tu

|| NaFiRaa || said...

hahahahaha.. ilang ngantuk baca citer n komen2.. hahahaha

anie said...

lwak la

Azian Elias said...

heee...no comment..

jeBateja said...

Waka...waka....7 eleven kalt Malaysia tak pe...jgn kat China...ahakz

izz iizza said...

haha..mampus dpt 7 terus..:)

Angah said...

ada2 je ko ni waheeda..hehe

ieda said...

ahhahahah risau nak dpt kembar 7 lakkk ekkee ;)

the malay male said...

:-)

Amie said...

Ha ha hahhhhh... seven eleven ngko!

Lya Colours said...

hahahaha sengal btol

Marya Yusof said...

Hola Wahida!

Como estas?

First time dgr... lambat keretapi betul aku ni kan...hak3... rabak wei 7 or eleven...huwaaa... ;p

akubiomed said...

Kalau kembar ramai sampai 7 atau 11. Macam mana ceritanya. :-)

fara said...

HAHAHA!
Mmg xsenang duduk la lelaki yg last tu XD

syiela said...

muahahhaa.. mau pengsan kalau betul