nuffnang advert

Thursday, August 16, 2012

Bayi ditinggal pengasuh melecur

Meysshvin yang melecur hampir seluruh badannya selepas rumah pengasuhnya di Flat Mak Mandin, Butterworth terbakar semalam.



SEBERANG JAYA – Seorang bayi lelaki kini terpaksa bertarung nyawa selepas 70 peratus bahagian badannya melecur teruk apabila rumah pengasuhnya yang terletak di tingkat empat Flat Mak Mandin, Butterworth dekat sini terbakar semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 10.30 pagi, Y. Meysshvin berusia enam bulan yang sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah ditinggalkan berseorangan oleh pengasuhnya, G. Sarojh, 48, yang keluar untuk ke kedai runcit di tingkat bawah flat berkenaan.

Mangsa yang sempat diselamatkan pengasuhnya itu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh jiran sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Sarojh ketika ditemui di HSJ berkata, dia hanya mengetahui rumahnya terbakar selepas diberitahu seorang jirannya.

“Semasa kejadian saya baru meninggalkan Meysshvin. Saya berada di tingkat bawah untuk beli barang dan saya tinggalkan Meysshvin kerana dia sedang tidur.

“Bila dapat tahu rumah saya terbakar, saya terus berlari masuk ke dalam rumah dan selamatkan Meysshvin yang masih berada dalam buai dan sedang menangis,” katanya yang memberitahu, ketika itu api mula membakar ruang tamu.



sumber: kosmo
16/08/2012

24 comments:

Unknown said...

Ya Allah..
baru 6 bln je umo nyer.

Eye_nee said...

Tak tau nak kata apalah kan...confirm pengasuh tu rasa bersalah sgt...tinggalkan sekejap jer...kalau dah nak jd apa2 tu kan...sekelip mata jer...

Fiza Rahman said...

Kesiannya baby nih. BAru 6 bulan dah terpaksa managgung sakit.

amirah said...

siannyaaa

SURIA AMANDA said...

menakutkan...kesian nak tu..

Unknown said...

selamatkan la baby ni Ya Allah..:(
sian nyer..

kurus said...

aduhhh
benda dah nak jadi kan
kalau akk x tinggalkan lahh
x risau ke apa2 terjadi
since bb tu sorang2 huhu
x tahu apa yg difikirkan oleh pengasuh tuu

nuyui a.k.a miss YUI said...

ya ALLAH,kesiannya dak ni..

Anonymous said...

ya allah kesiannya, sakit tu

tahlahkan, org kata dah nak kena, tapi kalau saya tak tinggal kalau anak tgh tido tu, biarlah susah berangkut bawak pergi kedai

eMMe said...

terkedu sebentar...

suwara entertainment said...

kesian kan kak. baru jap td ni org baca berita ni. sedih je baca. nape la dok tgglkan baby tu sorg2. bila jd cmni kan kesian. huhuhu

Rozita Ceritaita said...

pengasuh tu dah selalu buat camtu kot..kesian..

::NureeN:: said...

keciannya, teringat plak anak kat umah pengasuh... risau plak..

CaDLyNN said...

ya Allah...kesiannye

kayzie said...

kenapa di tinggalnya budak camtu je..kesiannya..smoga anak2 org di taska tu sentiasa di pelihara dari sgala keburukan dan kejahatan..

Angah said...

sianya babytu,isy tringat trus anak .....apsal la pi tinggal walaupun tido..

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

sedih baca..cian kat baby tu

izz iizza said...

sadisnya..semoga ada peluang untuk sembuh..

HeNRieTTa JoSe said...

Ksianyaaaa.....

Nieda said...

kesian budak kecik tu kan. Apalah kata mak bapa dia pula bila tau budak tu na tinggal sorang2.

Nieda said...

kesian budak kecik tu kan. Apalah kata mak bapa dia pula bila tau budak tu na tinggal sorang2.

akubiomed said...

Melecur 70 peratus boleh dikatakan teruk.

akubiomed said...

Melecur 70 peratus boleh dikatakan teruk.

SN said...

ya allah :/