nuffnang advert

Sunday, July 8, 2012

soal jwb sakit puan: isteri hamil bermasalah & persenyawaan tak perlu klimaks

Isteri hamil bermasalah

SAYA baru berkahwin hampir sembilan bulan dan isteri saya hamil hampir tujuh bulan. Isteri saya menghadapi pelbagai masalah, daripada pelbagai alahan, mabuk, sakit gigi sehinggalah sakit seluruh badan.
Keluar masuk wad sudah menjadi kebiasaan sehingga isteri saya tidak mahu lagi masuk wad. Tetapi baru-baru ini isteri saya mengadu mengalami beberapa masalah yang mengganggu aktiviti seharian.

Antara masalahnya:





  • Terdapat keputihan yang banyak. Untuk makluman doktor, masalah keputihan ini pernah berlaku. Pemeriksaan doktor menyatakan ia masalah biasa yang dialami ketika hamil. Adakah masalah ini akan membawa kesan yang serius kepada kandungan jika dibiarkan?











  • Isteri saya juga sering mengadu sakit di bawah perut. Ini menyukarkannya untuk berjalan seperti orang normal. Setiap bulan isteri saya membuat imbasan untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan bayi dalam kandungan. Tetapi hasil pemeriksaan, doktor yang membuat imbasan itu berkata, kandungan normal dan tiada masalah.

    Apakah masalah utama yang membelenggu isteri saya? Adakah kaedah mengurut dengan bidan boleh mengatasi masalah ini?

    NORDIN,
    Petaling Jaya



    JARANG masalah alahan dan mabuk wanita hamil berlangsung sehingga melebihi bulan keempat kehamilan. Ini kerana alahan mabuk disebabkan kehadiran hormon B-hCG yang memuncak dalam trimester pertama kehamilan dan kemudian menurun sebelum penghujung bulan ketiga kehamilan.

    Sekiranya doktor sudah melakukan ujian tambahan, contohnya profil hormon tiroid dan ia normal, ia tidak perlu dibimbangkan melainkan menggantikan kehilangan cecair atau garam dengan pengambilan garam rehidrasi.

    Masalah sakit gigi juga perlu dirawat, tidak kira sama ada seseorang hamil atau tidak. Wanita hamil lebih mudah mengalami masalah sakit gigi akibat pengambilan garam kalsiumnya oleh janin.

    Keputihan juga berlaku lebih kerap sewaktu hamil akibat perubahan hormon.
    Lazimnya ia disebabkan jangkitan kulat candida dan ini mudah dirawat secara pengambilan pil antikulat yang dimasukkan ke dalam faraj.

    Saya andaikan sakit di bawah perut merujuk kepada sakit di bahagian bawah dan di tengah kawasan abdomen. Terdapat beberapa organ di kawasan itu, dari hadapan ke belakang; pundi kencing, sebahagian rahim, usus besar, tulang sakrum yang mengandungi saraf dan otot berkenaan. Jangkitan kuman dalam pundi kencing adalah masalah yang paling kerap, ujian air kencing secara mikroskopik dapat memberikan jawapan dengan cepat tetapi ujian kultur boleh menguji jenis kuman dan ubat yang sesuai, namun ujian kultur mengambil masa beberapa hari.

    Mengurut wanita hamil di kawasan terbabit dan anggota tubuh lain perlu berhati-hati. Usapan lembut lazimnya tidak memberikan kesan tetapi urutan kuat boleh mencederakan kandungan.


    Persenyawaan tak perlu klimaks

    ADAKAH seseorang wanita itu akan hamil jika air mani dipancut di luar faraj?
    Adakah persenyawaan berlaku apabila suami mengalami ejakulasi atau pancutan air mani awal namun isteri belum atau tidak mengalami klimaks ketika bersetubuh?


    Apabila suami mencuci zakar dengan air selepas pancutan air mani di luar faraj dan memasukkannya semula ke dalam faraj isteri, adakah sperma masih ada dan boleh menyebabkan isterinya hamil?

    Isteri dalam dilema,

    Ipoh, Perak


    Boleh. Malah cecair jernih yang keluar dari zakar sewaktu rangsangan seksual juga boleh mengandungi sedikit sperma.

    Kaedah pancut di luar memberikan kemungkinan terhamil sehingga 25%.

    Wanita juga tidak semestinya perlu klimaks untuk berlakunya persenyawaan. Wanita yang dirogol juga berpotensi hamil. Sekiranya wanita subur dan telah ada sperma memasuki tiub fallopio, persenyawaan boleh berlaku dan membuahkan kehamilan. Sukar untuk memastikan kesemua sperma telah keluar dari faraj kerana masih ada sperma yang ada tertinggal di dalam zakar.



    sumber: harian metro





  • 10 comments:

    Angah said...

    ow gitew...terima ksih kerana berkongsi info nook,...rajin sungguh ko ni....

    kurus said...

    hurmmmmmmmm menarik ;)

    HeNRieTTa JoSe said...

    thanks for the share.....

    sekadar satu coretan said...

    Kalau dh jenis subur tuu..tetap akan jd jugakkann..kuasa allah yg maha mengetahui segala2nya...

    Mulan said...

    owwhh cenggitu..

    eMMe said...

    Terima kasih Dr Ida, heeee~
    skrg saya dah tau... n lebih mengetahui...

    fieda said...

    info bagus ni..

    Rasp said...

    makacih for sharing the info....

    emarieys said...

    siapa yang mnak merancang kehamilan..kenalah berhari-hati juga kalau nak buat cara begitu ..

    mama aini said...

    ehem..thanks kongsi entry ni.. :)