nuffnang advert

Saturday, July 7, 2012

Air bersih di Indonesia teruk

Kerajaan kena bina loji bersih air di kawasan gambut

Pekanbaru: Indonesia mempunyai air minuman paling teruk di Asia Tenggara, kata penyelidik air bersih di Institut Penyelidikan Indonesia (LIPI), kelmarin. “Hanya 30 peratus penduduk di bandar raya ini mempunyai sumber air bersih,” kata penyelidik berkenaan, Ignasius DA Sutapa yang dipetik akhbar Jakarta Globe, semalam.
“Jumlah itu menurun kepada hanya 10 peratus di kebanyakan kawasan kampung.”

Sasaran PBB

Indonesia perlu memastikan bahawa sebanyak 50 peratus daripada penduduknya mempunyai akses kepada air minuman bersih jika negara itu berharap untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara yang menyertainya komited untuk membuktikan bahawa secara keseluruhan kesihatan, alam sekitar dan kualiti hidup memfokus kepada lapan sasaran isu seperti kemiskinan, malaria, HIV dan kelaparan.
“Sasaran untuk mendapatkan air bersih di Indonesia adalah terlalu besar bagi syarikat air tempatan, PDAM sendiri untuk mencapainya,” kata Ignasius lagi.

Kerajaan perlu fokus kepada membina lebih banyak loji membersihkan air di kawasan gambut seperti Sumatera, Kalimantan dan Papua.

“Bagi kebanyakan kawasan gambut, air adalah tidak terlalu bersih untuk digunakan.

“Program penapisan air gambut kini berjalan di perkampungan Tanjung Leban, di Bengkalis, Riau yang berjaya menyediakan air minuman bersih kepada penduduk tempatan,” katanya. - Agensi


sumber: berita harian
06/07/2012

12 comments:

miss Fyqa said...

baguslah utk rkyt dorang :)

Kakzakie said...

Mereka proses sendiri pakai sendiri oklah. Org Johor air sendiri proses luar negara last bayar bil tinggi:(

the malay male said...

nasib baik air kat malaysia tak seteruk di sana

susumanis said...

salam yang, tu la kawan akak siap sakit misteri lepas balik dari indo trip, doc pun suspect food poisoning due to air x bersih..seramm jugee ya..

JunAina said...

Seronok jalan2 tempat orang tetapi lagi best tempat sendiri. Negara besar isu air pun susah nak control.

Marya Yusof said...

As salam Wahida,

Tumpang sedih dgn keadaan negara dorang ni... Kat sini org2 Indo ni mewah2! Lepas tu tak boleh nak kurang dr org kite..sentiasa nak nampak lebih tau! Tp yg pelik dorang ni lebih dikenali dr negara kite, padahal we are far more modern & developed...sigh*

ieda said...

x dinafikan
air disana memang kurang bersih
akk dah pernah kesana kan
air mineral mereka mahal huhuh

Nizam said...

Syukur kite disini

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Syukur kita di sini banyak rahmat Allah bagi..semoga kita jadi hamba yg bersyukur dgn mentaati perintah Allah cara Nabi S.A.W..

fieda said...

syukur kita di sini takder masalah gitu..

akubiomed said...

Kalau tidak salah saya sudah ada inovasi bekas air minuman untuk menapis air tetapi saya tidak ingat samada ia dibangunkan oleh WHO atau pihak lain.

mama aini said...

ehem kalau kesana kena berhati2..hu2x..