nuffnang advert

Wednesday, July 18, 2012

soal jwb agama: penyakit was2, air mazi najis & gigi implan harus ditanam bersama si mati

Penyakit was-was pekerjaan syaitan


SAYA sudah berkahwin selama setahun. Suami saya seorang yang terlampau was-was dan teliti. Dia mengambil masa yang lama untuk mandi, basuh tangan dan banyak kali mengangkat takbir ketika menunaikan solat.

Malah dia juga terlalu cerewet dalam bab makanan. Tidak boleh makan di kedai, tidak boleh minum air tidak bertapis malah sampai tahap makan kuih atau biskut pun separuh saja kerana beranggapan separuh lagi yang dipegang perlu dibuang kerana kotor terkena kuman.


Selain itu, dia juga takut pergi ke hospital kononnya tempat orang berpenyakit, basuh tangan atau gelas berpuluh kali dan tidak boleh tinggal di rumah teres kerana bimbang nanti orang pecah masuk.

Di tempat kerja, dia fikir ramai yang dengki kepadanya. Kadang-kadang saya rasa tidak tahan dengan sikapnya. Rasa malu sangat kepada keluarga terutama apabila pulang ke kampung sehinggakan saya melarangnya pulang ke rumah ibu bapa saya kerana dia sering menjadi bahan ketawa.


Apa yang perlu saya lakukan?

NAD,
Kuala Lumpur



SEBAGAI isteri anda boleh menolong suami dengan memberi kefahaman mengenai penyakit was-was yang dialami suami. Was-was itu dikira sebagai sebahagian daripada hasutan syaitan.

Ia penyakit batin yang boleh mengganggu dan merunsingkan hati, fikiran serta perasaan. Kita dinasihatkan supaya sentiasa meminta perlindungan Allah daripada penyakit itu dengan membaca doa seperti a’udhu billah min al-syaitan al-rajim dan basmalah dalam setiap perkara dan tindakan perbuatan yang hendak dilakukan.

Ia memberi keyakinan diri kepada seorang. Seterusnya jangan dilayan perasaan was-was itu sebaliknya, apabila ia timbul, hendaklah terus melakukan perbuatan lain dan jangan diulang-ulangi perbuatan sama, seperti mengulangi basuh tangan, takbir dan sebagainya.

Tindakan itu perlu dilakukan secara berterusan sehingga perasaan was-was hilang dan timbul keyakinan diri.


Air mazi najis

YANG saya tahu, jika lelaki keluar air mazi, tidak perlu mandi jika hendak menunaikan solat. Adakah wanita juga begitu atau mereka perlu mandi jika hendak bersolat? 
Bagaimana pula jika ada wanita yang terbaca majalah berkenaan seks rumah tangga sehingga menyebabkan air mazinya keluar.


Mohon penjelasan daripada Dr.

MOHAMAD,

Johor



HUKUM antara lelaki dan perempuan dalam perkara itu adalah sama. Air mazi dikira najis dan hendaklah dibersihkan sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Sama ada lelaki dan wanita dikira berada dalam berhadas kecil saja apabila keluar air mazi. Berbanding dengan keluar air mani, kedua-duanya perlu mandi hadas besar.



Gigi implan harus ditanam bersama si mati

BOLEHKAH saya membuat implan gigi, di mana pembedahan kecil akan dilakukan pada gusi dan gigi palsu akan ditanam di dalamnya. 
Saya menjadi kurang berkeyakinan apabila bercakap dan menjadi sangat pemalu berikutan keadaan gigi saya. Jika saya melakukan implan gigi, adakah apabila meninggal dunia implan itu perlu dibuang?




SYMA
Pasir Puteh




Gigi yang diimplan secara kekal tidak perlu dibuang selepas meninggal dunia. Pembuangan hanya akan menyakiti si mati justeru harus ditanam bersama implan berkenaan.

Islam mengharuskan gigi diperbetulkan kerana ia memberikan keyakinan kepada kita selain membetulkan sebutan untuk bacaan al-Quran.



sumber: harian metro

16 comments:

Cik Awin said...

thanx for sharing kak..

Nens Collection said...

Ya Allah..dugaannye dpt suami mcm persoalan di atas tu..nauzubillah

Kakzakie said...

Bab was-was kakak rasa semua org ada rasa itu. Sebab syaitan al-khonnas seperti dinyatakan dalam suroh An-Nas dah jelas akan menggoda anak-cucu adam selagi belum kiamat...

amirah said...

penyakit was2 ni bahaya sgt. masalahnya mcm MIL dgn SIL, kalo nak solat tu time tula nak terbatal wudu'.kat opis ni pun ada sorang. nak tggu dia ambik wudu' berjam sbb ambik byk kali.mmng kena dptkan bantuan org2 yg was2 sgt ni

Rai said...

aritu ada sorang doktor share pasal penyakit waswas ni..tapi yg dia share tu pasal waswas dengan doktor la..maybe sama kot terms nya..medical nya di panggil anxiety disorder.. bawak jumpa psychiatrist..

KhaiRin : anies said...

smpi mcm tu skali ek? sukar org mcm ni nk berfikiran positif...

Nazayiena said...

Susahnya klu sudah terlalu was2 nie.

Aku Ibu Muda said...

pnyakit was2...hurm...sy dh trkena sket2 ni... tgh2 keje bleh patah blk umah sbb ingat2 lupa dh tutup plug seterika/api dapur ke tidak..huhuhuu

eMMe said...

Salam Kak Ida, thx for sharing this,

pst: mujur suami kite tak terlampau cam tu kan kak... hehehe...

-Sara- said...

gud sharing :)

:: Mrs.Eady :: said...

Nice...

Nafisa81 said...

saya selalu tekan remote kerete berkali kali...rasa mcm dah..rasa macam belum

gadisBunga™ said...

ok. nak buat appointment dgn dentist!

m.u.l.a.n said...

tq tq kongsi..

kasihredha said...

setahu akak pun implant memang x perlu keluarkan apabila meninggal.
kerana tujuan implant dibuat adalah semata2 unk kesihatan :)

mama aini said...

ehem..susah kalau dpt suami mcm tu..he2x..