nuffnang advert

Wednesday, July 25, 2012

soal jwb agama: haram tidur dgn bekas isteri, keluar angin kerana uzur & lafaz taklik

Haram tidur dengan bekas isteri


SUAMI saya bercerai dengan isteri pertama pada Oktober tahun lalu. Baru-baru ini bekas isterinya sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada malam itu, suami mengambil keputusan tidur di rumah bekas isteri dengan tujuan menjaga anaknya yang berusia antara lapan hingga 16 tahun.

Soalan saya, bolehkah suami masuk dan tidur di rumah bekas isterinya? Apa pandangan masyarakat dan jiran sekeliling atas tindakan suami dan apa hukumnya daripada segi Islam?


ITA
Puchong




Suami isteri yang sudah bercerai adalah bukan mahram. Mereka haram aurat dan tidak boleh berdua-duaan hingga menimbulkan keraguan. Jika suami perlu ke rumah bekas isteri, saya menggalakkan puan ikut serta sebagai peneman.

Niat baik suami ingin menjaga anaknya tidak boleh menghalalkan cara dengan berdua-duaan, apalagi anak masih kecil dan tidak faham. Ada baiknya dia bertemankan puan atau orang lain bagi mengelakkan sangka buruk dan perkara tidak baik berlaku.


Keluar angin kerana uzur

SAYA baru bersalin enam bulan lalu. Selepas bayi saya dilahirkan, saya mengalami pendarahan teruk sehingga memaksa doktor memotong hingga ke rektum (untuk mencari darah beku).
Disebabkan kurang kepakaran oleh doktor pelatih, jahitan pada faraj terbuka dan terpaksa dijahit kali kedua. Akibatnya, ketika saya ingin menunaikan solat, angin selalu keluar melalui faraj terutama ketika rukuk, sujud dan duduk.


Saya tidak pasti sama ada hendak meneruskan solat atau tidak. Sekiranya saya teruskan solat, adakah ia sah?

INA

Kuala Lumpur


Satu perkara yang membatalkan solat dan wuduk ialah keluar angin dari salah satu lubang. Dalam keadaan puan, ia tidak dapat dielakkan kerana keuzuran yang puan alami. Untuk itu semasa hendak bersolat pastikan puan memakai seluar dalam selepas berwuduk.

Biarpun selepas ditutup kedua-dua lubang belakang dan hadapan dengan seluar dalam masih terasa ada angin yang keluar tanpa disengaja atau dapat dikawal, maka solat puan dikira sah atas keuzuran berkenaan.



Lafaz taklik berkait isu remeh

SAYA dan suami ada beberapa pertikaian sejak awal perkahwinan lagi. Untuk pengetahuan, suami seorang yang panas baran, cemburu buta dan suka berprasangka kepada saya. Jadi, suami acap kali melafazkan taklik dengan tujuan untuk mengajar atau mengikat saya daripada melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
Namun begitu, taklik yang dilafazkan tidak boleh masuk akal sehingga menyebabkan jiwa saya terganggu. Contohnya dia melafazkan: “dalam masa seminggu ini sudah berapa lelaki pernah berbual dengan kau dan apakah isi perbualan tersebut? Jika kau tipu atau tidak cerita langsung apa yang terjadi kepada aku, maka jatuh talak tiga ke atas kau.”


Taklik seperti ini menyebabkan saya takut untuk terserempak apatah lagi berbual dengan lelaki kerana khuatir saya gagal menjawab dengan betul selain bimbang talak akan jatuh.

Taklik adalah sesuatu yang berat bagi penerima tapi bukan kepada pelafaz. Soalan saya, adakah taklik seperti ini boleh ditarik semula oleh suami selepas dia mengetahui dan menyedari perkara tersebut tidak baik dalam perkahwinan kami. Bantulah saya Datuk.


WATI
Bayan Lepas


Taklik dibolehkan untuk menjaga kerukunan rumah tangga. Namun, jika taklik pada perkara yang remeh dan menyusahkan bahkan khuatir jatuh talak pada perkara tidak sewajarnya, elok suami lebih berhati-hati.

Ini kerana bimbang suami akan menyesal dan rugi jatuh talak hanya kerana isteri bercakap dengan lelaki lain. Mungkin suami sangat sayang dan cemburu pada puan, cuma dia mengguna kuasa cerai tidak bertempat. Cuba dekati suami dan berbincang dengannya mengenai risiko jatuh talak pada perkara remeh.

Puan juga perlu meyakinkan suami mengenai perlakuan dan kasih sayang puan terhadapnya. Cubalah memberi penerangan perlakuan puan supaya dia lebih tenang.



sumber: harian metro

18 comments:

atty's said...

tq sharing..gud info.

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share...

:: Mrs.Eady :: said...

good sharing beb!

makchaq said...

Macam2 masalah kan.. t.kasih.. boleh jadikan panduan..

Cik Awin said...

ops! header baru ke? muslimah gitu ;)

Sue-Rya Qistina said...

nice sharing sis! wow..header baru nmpk. kelasssss!

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

good sharing...
wah rumah dia ada warna baru.........cantik bangat....pink lagi...

Has said...

cantik la header!!

miss Fyqa said...

tq sbb share akak :)

selamat berbuka maghrib nanti . :D

::NureeN:: said...

thx.. :)
rumah baru :)
adakah wahida dah berhijrah? :)

CikOdah Gebu said...

selamat berbuka puasa 5 ramadhan dari CikOdah..nice sharing

gadisBunga™ said...

selamat berbuka puasa!

Liza @ Adzriel AB said...

entah2 rindu bini lama kot.. ishhh..
yg taklik tu elok langgar je..biar jatuh talak terus.. suka2 dia nak ugut org dgn hal tak masuk akal. ehh.. emo lak.

Marya Yusof said...

As salam Wahida,

Salam Ramadhan! Selamat berpuasa ye! :))

Yaya Azura aka Naz Azra said...

apa pulak balik rumah bekas bini,ambik je la anak bawak balik jaga kat rumah.
tang taklik tu mmg tak masuk akal..kang duk sebumbung tapi tak sedar talak dah jatuh..
adoyai..

ieda said...

TQ sharing wa ..
terutama yg jaga anak bekas isteri tuu .. hurmmm ;)

SURIA AMANDA said...

thanks for sharing..ketiga2 soklan dan jawapan ..sgt membantu...takut plak aku nak kawin balik bila baca no 3 tu...

cikceriacorner said...

thanx akak..utk info ni