Kuala Lumpur 25 Julai 2012: Cinta tiga segi remaja berusia 15 tahun berakhir dengan tragedi apabila seorang pelajar perempuan ditikam tiga kali menggunakan pisau dapur manakala bekas kekasihnya ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian pukul 4 petang, Jumaat lepas, pelajar perempuan itu ditikam sebanyak tiga kali di bahagian perut dan pinggang oleh bekas kekasihnya itu.Katanya kejadian yang berlaku di Pangsapuri Taman Datuk Senu di sini itu turut disaksikan oleh kekasih baharu mangsa yang dipercayai menemani mangsa berjumpa bekas kekasihnya itu.
"Sebelum kejadian, dipercayai pelajar tersebut telah bertengkar dengan bekas kekasihnya yang tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan itu kerana mempunyai kekasih baharu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Zakaria berkata selepas menikam mangsa, suspek panik dan tertinggal pisau di tempat kejadian semasa melarikan diri sebelum kekasih baharu pelajar perempuan itu menjerit meminta bantuan.
Beliau berkata ketiga-tiga pelajar adalah dari sekolah menengah yang sama di Sentul.
Beliau berkata mangsa yang mengalami cedera parah kini stabil dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.
Zakaria berkata suspek yang menyerah diri semalam kini ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. - BERNAMA
sumber: utusan malaysia
25/07/2012
27 comments:
ya allah macam2 kes kan
kecik2 dah main cinta..bertukar pasangan pulak tu..hadehh..risau nak besarkan anak pompuan sorang tu..
ya allah....risaunya dgn keadaan sekeliling skrg ne....
Orang suruh pi sekolah cari ilmu, ni pi cari pakwa pulak.
Alahai adik oi..
Takutnya..tak berani nak ckp apa sbb akk ada anak2 remaja..cumanya akk harap semua kes2 sebegini jd iktibar pd remaja2 yg hangat bercinta...
macam2 hal la bebudak ni...kecik lagi dah gatal nak ada pakwe makwe..sanggup berbunuh2 plak....
ape nak jadi nih??
wah dah berwajah baru ye.. cantik2
mcm2 kes skang ni kan kak. pagi td org baca yg budak kena dera usus pecah tu pun lg buat hati ni jadi sedih. dunia dh nak kiamat agaknya :(
teringat kes arwah sufizah kat Temerloh ni.... kena tikam bertubi2 oleh rakan sekelas masa sebab cemburu
adui kesiannya..sia2 jer semua tu..haih..
lorr..ingat org bsr td...budak rupanya?
Ekstrim!
hurmmm tulah
nielah yg dikatakan jgn bercinta muda2 .. darah mudaaa .. perasaan mudaaa .. semua muda ..
ikutkan rasa , nielah bahana ! .. huhuhu
patut lah nampak lain..dah tukau yer!! itu lah budak2 sekarang..mintak jauh2 lah dari kita kan
cinta zaman sekarang.Nak berbunuh-bunuh apalah kehal nya.Cari aje pengganti apa nak kesah
bdk sekarang terlalu berani...
eh eh ingat salah masuk blog td.. seb baik betul.. cantik background baru nih kak..
macam2 hal skrg nih.. nak2 melibatkan remaja sekolah.. nauzubillah..
looohhh... ingat silap blog tadi.. ohhhh soo sweet mcm tuan punya wajah baru ni...
mai la jengok blog kita selalu.. ada volcano choc tau... yumm yumm yummeh...!! hahhahaa....
bdk bdk zaman skrg....kdg kdg rietta sndiri takut...
sudah tukar ka ....i like pink
isyk2 remaja sekarang taku aku.ngalahkan org besar eeeeiii.
aduhla remaja zmn skrg nih... sbb cinta sampai nk berbunuh...
jiwa anak muda
sekarang ni mudah sungguh nk bunuh membunuh..ishh..x rasa apa-apa ker diorg tu..
macam2 la kes budak remaja sekarang..
Terlalu mengikut perasaan sangat hingga bertindak tidak mengunakan akal.
Post a Comment