nuffnang advert

Sunday, June 24, 2012

soal jwb sakit puan: pembedahan kecil buka selaput dara & tertelan air mani

Pembedahan kecil buka selaput dara

SAYA berusia 35 tahun dan suami, suami 40 tahun. Kami berkahwin setahun yang lalu. Kitaran haid saya normal cuma masalahnya, dara saya masih belum pecah walaupun ereksi suami sangat tegang.
Adakah ini disebabkan selaput dara saya sangat tebal? Adakah saya memerlukan pembedahan kecil untuk menyelesaikan masalah ini? Saya amat menginginkan anak sebagai penyeri rumah tangga kami berdua. Diharap doktor dapat membantu.


JUN,
Kuala Berang





MASALAH ini juga ada berlaku pada pasangan lain, malah ada yang memakan masa bertahun-tahun. Pemeriksaan doktor pakar sakit puan ke atas bahagian kemaluan anda dapat mengesahkan bentuk selaput dara anda.

Dalam segelintir kes saja, terdapat kelainan bentuk selaput dara contohnya seperti bertapis atau berseptum di tengahnya. Pembedahan kecil dapat membuka secara membuang bahagian tengah atau keseluruhannya.


Jangka hayat sperma singkat

SAYA ada sedikit pertanyaan mengenai masalah tertelan air mani. 
Adakah benar kenyataan iaitu apabila seorang isteri tertelan air mani suaminya, ia boleh menyebabkan si isteri hamil? Saya berharap doktor boleh menjelaskan masalah ini.




AHMED AMIN,
Kuala Lumpur





KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menunggu di dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan ‘ditolak’ ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam rahim.

Air mani yang ditelan akan memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum.

Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi.

Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama, kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan jangkitan kuman.

Jika kehamilan berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif (sebelum ejakulasi).



sumber: harian metro

11 comments:

Unknown said...

oooooooo bary tau :)

Azian Elias said...

ada gak cam tu ye..

Dr K said...

sakit perut aku gelak nokkk..hahaha

kurus said...

owhhh tertelan ! ... adehhhhhhhhhhhh

E'in said...

nice info kak.. :)

Angah said...

owwwppps!

sekadar satu coretan said...

Baru tauuuuu...tima kasih...
Nk tido laa...esok nk kojoo...

mamasuri said...

ooo..ada gak kena gitu...

emarieys said...

cam pelik pula soalan nombor dua...

afya said...

best juga kan...

mama aini said...

ehem..pelik2 je soalan .. :)