nuffnang advert

Saturday, June 23, 2012

Wanita curi RM840,000 biayai majlis kahwin

Suspek kena penjara 20 bulan ambil wang syarikat

LONDON: Seorang wanita dipenjara 20 bulan selepas didapati bersalah mencuri £168,000 (RM840,000) daripada majikannya untuk membiayai majlis perkahwinannya secara besar-besaran.
Kirsty Lane memalsukan dokumen untuk menggelapkan wang syarikat tempat kerjanya dan majikannya yang turut menjadi tetamu perkahwinan itu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana majlis berkenaan diadakan dalam suasana mewah.
Lane, 29, mengahwini Graham pada Januari tahun lalu di Dewan Besar hotel Mains dekat Blackpool.

Majikannya, Peter Sutton mula mengesyaki sesuatu tidak kena kerana majlis Lane diserikan dengan pertunjukan bunga api, ahli silap mata, penyertaan dua kumpulan pemuzik, pemain saksofon, DJ, membenarkan minuman keras tanpa sekatan, sesi mengecat muka dan pemberian topeng.

Sutton berkata: “Tetamu disambut dengan bunga-bungaan dan suasana mengagumkan. Majlis yang meriah itu tentu memakan belanja besar juga.”

Apabila, Sutton pulang ke pejabat tempat pengantin baru itu bekerja sebagai kerani akaun separuh masa, dia mendapati Lane memalsukan invois.
Lane memasukkan wang syarikat ke dalam akaunnya sendiri dan tidak membayar khidmat firma audio visual di Leyland, Lancashire.

Malah, dia turut membeli beberapa baju pengiring pengantin dan sebuah iPad dihiasi batu permata pada harga £1,500 (RM8,000).

Sutton menyifatkan Lane sebagai hampir menyebabkan syarikat muflis.

“Kami mempunyai 22 tenaga pekerja. Sikap tamak Lane menunjukkan bagaimana kehidupan orang lain boleh musnah.

Tertuduh yang menitiskan air mata sepanjang sesi memberi keterangan semalam, mengaku salah kepada 122 tuduhan menipu syarikat Pure AV.

“Majlis perkahwinannya menjadi sebab kami syaki sesuatu tidak kena. Dia selalu kata berasal daripada keluarga miskin dan tidak lakukan apa-apa untuk menyebabkan kami curiga,” kata Sutton.

Lane kemudian ditahan di rumahnya dan tidak dapat berbulan madu di Mexico seperti dirancang. - Agensi


sumber: berita harian
22/06/2012

11 comments:

mamavogue said...

hohoho...
bia betul pompuan nih!

kak tini (umialya) said...

bukan sikit tu..

ieda said...

hohohooho tulah dunia
akk ingatkan terjadi kepada org melayu , islam di negara kita ..
ekekek kalau ada .. akk nak interview dia ;)

:: Mrs.Eady :: said...

Budus...dh curi menunjuk pulakkk..

NzA said...

xpasal2 kawin kt penjara ko....

mama aini said...

ehem..kesiannya kahwin nak buat majlis yg mewah !!!..akhirnya jadi camtu.. :(

HeNRieTTa JoSe said...

ish ish...ada gak org cam2 erk...sanggup mencuri bagai...pastu bazir utk majlis kawen...

Dee said...

bangsa apapun..bila dh kaya sket berlagak..bila berlagak..kantoi..hmm...

eh..wahida..mimi pun dpt no 5 lah sekolah agama..sama result ngan abang..hehehe..

mamasuri said...

apa lah otak pompuan tu pk yek...
bahagia dan mewah sekejap jer lah...

Sue-Rya Qistina said...

mewah sekejap je. sengsara seumur hidup!

MamaEma said...

kesian..tak pasal-pasal dah terkena