nuffnang advert

Sunday, June 17, 2012

soal jwb sakit puan: luka akibat bersalin & haid tak teratur

Luka akibat bersalin

SAYA bersalin pada pertengahan September tahun lalu. Luka bersalin saya pernah terbuka, namun sudah dijahit semula. Setelah empat bulan berlalu, saya dapati luka bersalin itu terbuka (tidak berdarah).

Persoalannya, adakah itu kesan daripada aktiviti kelamin? Apakah faktor yang menyebabkan perkara seumpamanya berlaku?

Saya risau ia akan memberi kesan kepada hubungan intim dengan suami pada masa akan datang. Apakah cara yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

SANTI THOMAS,
Kuala Lumpur



PEMERIKSAAN doktor dapat menilai tahap keterukan koyakan atau luka terbuka terbabit iaitu sejauh mana ia terbuka ke dalam faraj. Kawasan luka yang sudah diselaputi sel permukaan (epithelialization) lazimnya tidak bercantum atau melekat walaupun dijahit.

Berkemungkinan juga jahitan berkenaan sudah longgar sehingga terdapat ruang di antara kedua-dua sempadan luka itu sehingga berlaku proses ‘epithelization’ berkenaan.

Jangkitan kuman juga boleh mengganggu proses penyembuhan atau percantuman luka.

Anda boleh mendapatkan bantuan pakar sakit puan berdekatan.

Terdapat prosedur kecil untuk membuang lapisan epitilia ini sebelum ia
dicantumkan semula atau dijahit.


Haid tak teratur

SAYA berusia 33 tahun dan mempunyai anak berusia tujuh tahun. Selepas saya melahirkan anak pada 2005, pada mulanya selepas tiga bulan melahirkan anak saya didatangi haid seperti biasa tetapi saya tidak mahu hamil. 
Saya disarankan oleh doktor untuk mengambil pil Noriday sebagai pil perancang tetapi setelah mengambil pil terbabit, saya tidak didatangi haid seperti biasa dan saya berhenti mengambilnya.

Setelah saya berhenti kira-kira dua bulan selepas itu, haid kembali tetapi mempunyai masalah kerana haid saya hanya sedikit dan keluar sehingga dua minggu kemudian haid saya keluar dengan banyak.
Selepas itu saya tidak lagi didatangi haid seperti biasa sehingga sekarang.

Doktor yang ditemui memberi saya pil hormon untuk haid saya keluar tetapi saya hanya bergantung kepada ubat saja. Sudah tiga tahun saya tidak mengambil ubat hormon kerana tidak mahu bergantung kepada ubat dan saya hampir berputus asa dengan keadaan saya.

Saya harap doktor dapat membantu. Untuk makluman doktor, saya pernah berjumpa dengan doktor sakit puan tetapi amat mengecewakan saya.


ZURA,
Seremban, Negeri Sembilan.



PENGAMBILAN pil perancang progestin boleh memberikan kesan sampingan sedemikian tetapi tidaklah sehingga bertahun, anda juga mengambilnya hanya untuk dua bulan.

Pil hormon mengeluarkan haid sebenarnya menggantikan hormon yang kekurangan atau tiada, tetapi ia tidak merawat punca masalah, maka seseorang itu dilihat terpaksa bergantung kepada pil terbabit.

Punca masalah lazimnya dari ovari (yang bertanggungjawab mengeluarkan hormon terbabit). Anda mungkin ingin berjumpa pakar sakit puan lain untuk mendapatkan pandangan kedua.



sumber: harian metro

8 comments:

amirah said...

bila baca je pasal luka jahit ni ai ngeriii yu..haha..trauma

Mulan said...

eyyy... sangat ngeri...

mama aini said...

thanks wahida share kisah2 ni.. :)

Azian Elias said...

thanks for sharing.

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share...

mamasuri said...

aku rasa ngeri gak ni..tp bt bodo jer lah...

suwara entertainment said...

perggghhh..rase ngeri je bila kenangkan kesan jahitan tu..aduh!

Unknown said...

Serik kena jahit tp tgok baby teringin nk mengandung lg..huhu