nuffnang advert

Saturday, June 16, 2012

Perogol ambil peluang web remaja bawah umur

SAN FRANCISCO: Satu aplikasi temu janji bagi telefon pintar, semalam menggantung akses kepada pengguna remaja selepas beberapa laporan kes rogol membabitkan pengguna bawah umur di Amerika Syarikat.

Aplikasi dikenali sebagai Skout yang direka untuk perkhidmatan temu janji, mengambil keputusan itu selepas mendapati ia disalahguna dan ada remaja menjadi mangsa.

“Keselamatan masyarakat kita adalah perkara paling penting yang perlu diberi perhatian,” kata ketua eksekutif dan pengasas aplikasi, Christian Wiklund di dalam blognya semalam.

Beliau berkata, syarikatnya di San Francisco memantau dan menapis secara aktif bagi memisahkan pengguna berusia di bawah usia 18 tahun dan golongan dewasa.

“Bagaimanapun, perkembangan terbaru menunjukkan bahawa kaedah ini nampaknya tidak memadai. Sejak kebelakangan ini kami dimaklumkan mengenai beberapa insiden termasuk beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna remaja.

“Kami memikirkan dengan serius mengenai tindakan yang perlu dilakukan. Kami tahu Skout amat bermakna kepada golongan remaja dan mereka juga amat penting bagi kami. Buat masa sekarang hanya inilah saja cara yang boleh kami lakukan.

“Untuk sementara, khidmat aplikasi ini akan digantung bagi mereka yang berusia kurang 18 tahun, sehingga kami dapat menghasilkan satu bentuk perlindungan lebih baik,” katanya. – AFP



sumber: berita harian
15 Jun 2012

14 comments:

Shasha Catering said...

Remaja bawah umur memang mudah terjerumus dalam perangkap penjenayah camni. Tapi tak semua, ada remaja yang mampu berfikir dengan waras dan tak terikut2 sangat kan?

Nurul Husna Mohd Hassan said...

sekarang macam-macam. kena hati-hati.

akubiomed said...

Ada beberapa laman sosial boleh terdedah remaja bawah umur masalah kes sosial. Ada yang boleh menipu usia ketika mendaftar akaun.

Nafisa81 said...

parents kena pantau fb dan blog anak2 bawah umo ni

Aishah Jahirah said...

elok tamatkan je la if lebih banyak keburukan dr kebaikan...

jebatmalaya said...

hudud penyelesaiannya...

♥e'in♥ said...

bdk bawah umur mmg mudah terpengaruh.. ish!

ieda said...

hurmmm tulah
skrg nie ramai oprg dah salah gunakan laman sosial nie
skrg di mesia hebat dgn FB
jgn lak sok2 timbul masalah yg macam nie juga huhuh

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

manusia akhir zaman.. wat jahat pon dah macam2 skill kn.. kadang2 kita tak terpikir langsung :(

ainnoraini said...

Macam2 ada zaman sekarang,kita sebagai ibu bapa mmg takut sangat benda2 mcm nii..

mama aini said...

macam2 yg terjadi skrg ni..semuanya kerana kecanggihan IT..hu2x..

Sue-Rya Qistina said...

bahaya sungguh zaman skang ni!

[sutera kasih] said...

bahaya skrg ni..zmn skrg x boleh nk percaya org sembarangan huhu

Belsher said...

macam2 yg terjadi skrg ni..semuanya kerana kecanggihan IT..hu2x..