nuffnang advert

Sunday, June 10, 2012

soal jwb sakit puan: 4 kali hilang janin & anak gagal kawal kencing

Empat kali hilang janin

SAYA berkahwin pada usia 22 tahun. Selepas tiga bulan, saya disahkan hamil kali pertama tetapi saya keguguran ketika kandungan saya berusia empat bulan.
Ketika itu, saya ke tandas untuk membuang air kecil dan terasa seperti air kencing tidak lawas. Apabila saya meneran sedikit, tiba-tiba keluar seperti belon daripada kemaluan saya. Selepas 20 minit, belon itu pecah dan janin saya turut keluar. Saya ke hospital dan membuat cucian D&C (dilate dan curettage) kerana uri tertinggal di dalam.


Selepas lapan bulan, saya disahkan hamil untuk kali kedua. Malangnya kandungan saya keguguran pada usia lima bulan. Saya tiba-tiba rasa sakit dan ada sedikit pendarahan. Saya terus ke hospital tetapi doktor mengatakan laluan sudah dibuka dan saya bersalin normal.

Untuk kedua-dua kandungan ini, pihak hospital hanya memberitahu ia berpunca daripada janin dijangkiti kuman. Selepas empat bulan, saya disahkan hamil kali ketiga tetapi disahkan doktor kehamilan molar dan membuat D&C.


Selepas itu, setiap minggu saya membuat pemeriksaan susulan untuk penurunan hormon dalam darah sehingga pulih.

Pada Januari 2012, saya disahkan hamil untuk kali keempat dan kali ini saya menjaga kandungan dengan penuh teliti. Setiap bulan saya membuat pemeriksaan dan mengimbas kandungan saya dengan doktor pakar.

Setiap kali membuat imbasan, kedudukan bayi dalam keadaan baik. Apabila kandungan berusia 12 minggu, saya ada meminta doktor pakar mengikat pangkal rahim tetapi doktor tidak mahu kerana laporan imbasan saya kelihatan baik. Saya juga ada meminta suntikan untuk menguatkan pangkal rahim tetapi doktor juga tidak mahu kerana alasan yang sama.

Doktor cuma suruh saya makan ubat T Aspirin 100 miligram dan T Duphaston (makan sehingga 14 minggu). Malangnya pada 21 Mei lalu, saya keguguran sekali lagi dan masa itu kandungan saya berusia 23 minggu.

Saya tiba-tiba rasa sakit dan selepas beberapa jam, saya alami sedikit pendarahan. Doktor mengesahkan laluan sudah terbuka sebanyak lapan sentimeter.
Bayi saya seberat 495 gram tidak dapat diselamatkan.

Saya sangat sedih dan kecewa dan keadaan mental saya tidak menentu. Saya buntu, apa lagi yang harus saya lakukan untuk mendapatkan seorang zuriat? Saya terkilan kerana semua janin sudah membesar. Harap doktor dapat membantu saya.

YANA,
Kuala Lumpur


ANDA mengalami keadaan yang dinamakan inkompetens serviks (pintu rahim), serviks lemah dan tidak dapat menampung kandungan dengan lama. Seseorang yang mengalami keadaan ini lazimnya mengalami keguguran atau kelahiran awal berturut-turut, malah kandungan berikutnya dapat bertahan lebih lama daripada kandungan sebelumnya.

Kelahiran atau keguguran juga mengambil masa yang cepat dan disertai dengan hanya sedikit kesakitan saja, kandungan keluar berserta dengan kantungnya sekali. Kebiasaannya wanita yang mengalami inkompetens serviks pernah menjalani prosedur yang mencederakan serviks contohnya D&C.

Kadangkala ia masalah dalaman yang dialami secara azali. Memang pengalaman anda melalui empat kehamilan yang semuanya berakhir dengan keguguran atau pramatang, malah ada pula yang berpenyakit atau abnormal (molar) penuh trauma.

Dalam kandungan akan datang, anda mungkin akan diperiksa lebih kerap contohnya setiap dua minggu, lebih-lebih lagi apabila kandungan menghampiri lima bulan (waktu kelahiran sebelum ini), mungkin ia setiap minggu. Pemeriksaan ultrabunyi trans-vaginal dilakukan untuk mengukur panjang serviks serta sekiranya terdapat bonjolan kantung ketuban ke dalam serviks.

Kemungkinan besar juga kali ini, doktor akan terus melakukan prosedur mengikat serviks (cervical cerclage) secara elektif sekitar 14 hingga 16 minggu kehamilan dan akan membukanya semula apabila kandungan berusia 36 minggu.

Anda juga mungkin akan berehat dalam tempoh yang lama di hospital serta diberikan ubat-ubatan hormon untuk merehatkan aktiviti pengecutan rahim.

Anak gagal kawal kencing

ANAK perempuan saya berusia 13 tahun sering gagal mengawal keinginan untuk membuang air kecil. Masalah ini dialami sejak kecil dan semakin teruk kebelakangan ini.
Keadaan ini menjejaskan aktiviti hariannya dan membuatkan dia sering tertekan. Adakah ini satu penyakit? Adakah cara atau kaedah perubatan untuk menyelesaikan masalah anak saya ini?


ATIE,
Kluang, Johor.


MUNGKIN ia disebabkan oleh jangkitan air kencing. Lama kelamaan, ini juga boleh menyebabkan keadaan rengsa pundi kencing atau pundi kencing hiperaktif. Ujian air kencing dapat membantu mengesan jenis kuman yang menjangkitinya.

Beberapa pilihan jenis antibiotik boleh merawatnya. Terdapat juga ubat lain yang digunakan dalam keadaan jangkitan air kencing berulang. Pada masa sama, anak anda boleh mengurangkan pengambilan minuman atau makanan berkafein serta melatihnya membuang air kencing secara ‘berjadual’ iaitu lebih kerap.

Ini dapat mengurangkan keadaan pundi kencing menjadi tegang akibat terlalu penuh.


sumber: harian metro

13 comments:

Angah said...

kesian orang tu smpai 4kali hilang janin....tq 4 info

Mulan said...

rezeki di tangan Ilahi kan.. insyA ada nanti tu.. my fren 14 tahun baru dapat baby..

Ibu Lala said...

Kesiannye. Wahida, lama tak dgr berita dr awk. Tahniah ek. Hr tu blog awk kluar kt tvkn..

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share...

Ena said...

siannya..
mesti sangat tertekan.. Moga terus diberi kekuatan olehNYA.

Yaya Azura said...

Ya Allah..kesiannya
sampai 4 kali..

wahida said...

ibu lala: hehe...akak tgk ke?

mama aini said...

ehem..kesian yg hilang janin 4x tu.. :(

+ e.z + said...

nauzubillahmizalik....
kesiannyerkan 4 kali... hu3

suwara entertainment said...

kesiannya! xdpt bayangkan betapa kecewa dan sedihnya wanita itu :(

fieda said...

hilang ke mana la agknya ye..

MuMMie BeRRy said...

kesiannya drg cita 4 kali kehilangan...

Salazarouxj said...

kesian orang tu smpai 4kali hilang janin....tq 4 info