nuffnang advert

Saturday, June 9, 2012

Arroyo patut tidur di penjara

MANILA: Bekas presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo sepatutnya berada dalam penjara dan bukan di bilik hospital sementara menanti perbicaraannya atas dakwaan menipu undi dalam pilihan raya dan terbabit dalam rasuah, kata jurucakap pemimpin ketika ini, Benigno Aquino, semalam.

Jurucakap Benigno, Edwin Lacierda ragu-ragu sama ada Arroyo benar-benar sakit dan perlu terus berada di sebuah hospital tentera tempat tahanannya sejak enam bulan lalu.

“Jika semuanya baik, beliau perlu ditempatkan di bilik penjara. Penahanan di hospital tidak sepatutnya digunakan sebagai alasan untuk berpura-pura sakit,” kata Lacierda kepada stesen televisyen ABS-CBN.

Arroyo yang meletak jawatan pada 2010 selepas hampir satu dekad menjadi presiden, ditahan akhir tahun lalu atas dakwaan menipu undi pilihan raya senat pada 2007.

Beliau kemudian didakwa atas kesalahan terbabit dalam rasuah berikutan pembatalan satu perjanjian dengan sebuah firma China untuk mewujudkan sebuah rangkaian jalur lebar internet kebangsaan.

Perbicaraan secara berasingan belum bermula dan prosiding berkenaan boleh memakan masa bertahun-tahun.

Sebuah mahkamah menolak permohonan membenarkan ikat jamin untuk Arroyo, 65, tetapi membenarkan beliau terus berada di hospital supaya beliau boleh dirawat kerana masalah sakit tulang belakang.

Lacierda juga meminta sekumpulan doktor supaya menilai semula keadaan Arroyo. – AFP


sumber: berita harian
8 Jun 2012

15 comments:

mamasuri said...

yg letak jawatn jd pm...sume ada kes gni..msia xdelak yek..hehhehe

sisdee said...

emmm cian dah tua2 jadi camtu :(

kasihredha said...

kebanyakannya rasuah

Nieda said...

Wahida cer cuba try komen ada ke tak WV tu lagi. Dengan susah payah akak dah buang.

sebenarnya kalau org tak kasi tau ...tak tau pun komen tu kena WV.
TQ utk Wahida.

mama aini said...

assalam..ehem kesian.. begini perjalanan hidupnya !!!..

JunAina said...

65 tahun...kalau org kampung dah rehat2 dengan anak cucu je.

sudipVSsenduk said...

ada duit semua boleh jadi

Lia said...

betoi tu penjara aja tempat org mcm tu..

akubiomed said...

Kadang-kadang pening dengan pergolakan politik di negara Asian.

Angah said...

macam2.....

wahida said...

nieda: kak, saya dah try komen...mmg dah takde....tahniah kak!!

suwara entertainment said...

haih..mcm2 hal

King said...

kebanyakannya rasuah

Agnew said...

assalam..ehem kesian.. begini perjalanan hidupnya !!!..

Megan said...

nieda: kak, saya dah try komen...mmg dah takde....tahniah kak!!